Inilah Cara Pagar Rumah Dengan Amalkan 5 Bacaan Mudah Hatipun Tenang

Inilah Cara Pagar Rumah Dengan Amalkan 5 Bacaan Mudah Hatipun Tenang | Ingin Pulang Ke Kampung, Tetapi Tak Tahu Cara Pagar Rumah?

Kecurian biasa berlaku semasa cuti perayaan, tidak cukup dengan cara pagar rumah secara fizikal mesti ramai ingin tahu cara pagar rumah menggunakan bacaan Al Quran.

Dalam menjaga keselamatan rumah, pelbagai cara sudah dilakukan. Namun kejadian seperti kes pecah rumah ini tetap juga berlaku, meskipun kebanyakan daripada kita sudah memastikan pintu rumah dikunci sebaiknya.

Membincangkan isu pecah rumah, di sini kami huraikan beberapa perkara yang mungkin anda terlepas pandang dan juga di antara penyebab utama kenapa rumah anda dimasuki pencuri.

Ini Penyebab Utama Rumah Anda Menjadi Sasaran Pencuri

1. Beritahu Di Laman Sosial

Zaman sekarang ini kalau boleh semua perkara mahu diceritakan di laman sosial, contohnya di Facebook. Sebenarnya ini tindakan kurang bijak, anda seolah-olah mempersilakan pencuri untuk masuk ke rumah anda. Betul! Rumah tidak berpenghuni biasanya menjadi sasaran pencuri.

Jadi, elakan membuat pengumuman terbuka tentang ketiadaan anda dirumah. Dalam dunia maya, kita tidak tahu siapa yang sedang memerhatikan kita. Kalau bukan pencuri, mungkin kawan kepada pencuri.

2. Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Gelap

Rumah yang ditinggalkan dalam keadaan gelap-gelita cukup menjadi sasaran kegemaran pencuri, lagi gelap lagi mereka suka. Ini memudahkan kerja-kerja mencuri dijalankan tanpa takut dilihat oleh orang lain.

Sekurang-kurangnya, pastikan rumah anda mempunyai pencahayaan diluar rumah terutama kawasan depan pintu masuk dan pintu belakang.

3. Kunci Pendua

Ini penting, biasanya kunci pendua ditinggalkan di tempat-tempat tersorok seperti di dalam almari kasut, bawah alas kaki atau di celah pasu. Ini taktik lama, pencuri lebih arif tentang lokasi-lokasi yang mungkin digunakan tuan rumah. Sebaiknya tinggalkan sahaja pada jiran anda. Lebih mudah dan selamat.

4. Pintu Dan Tingkap Tidak Selamat

Kebanyakan rumah sekarang sudahpun dilengkapi dengan jeriji besi (grill) di kawasan pintu rumah dan tingkap. Bagi anda yang tidak mempunyai jeriji, pastikan pintu dan tingkap dikunci dengan kemas dari dalam.

Gunakan penyendal pintu yang kuat dan tidak mudah dipecahkan. Jika guna ibu kunci, pastikan jenis yang berkualiti tinggi.

5. Letak Tangga Di Luar Rumah

Anda mungkin terlepas pandang tentang perkara ini. Meletakkan tangga jenis mudah alih di luar rumah memudahkan pencuri ceroboh rumah anda. Pencuri boleh menggunakan tangga ini untuk panjat dan masuk melalui atap atau tingkap rumah.

Atap dan tingkap rumah selalunya menjadi pintu alternatif lain yang digunakan pencuri untuk masuk ke rumah anda. Simpan tangga di dalam rumah atau stor yang berkunci.

6. Stor Tidak Berkunci

Buat anda yang memiliki stor di luar rumah, pastikan stor anda dikunci sebaiknya. Di dalam stor berkemungkinan terdapat pelbagai alatan yang boleh digunakan pencuri untuk masuk ke rumah anda.

Lebih mengerikan jika alatan tersebut digunakan pencuri sebagai senjata ketika masuk ke rumah anda.

7. Terlalu Banyak Pokok Di Kawasan Rumah

Jika anda seorang yang suka bercucuk tanam, sila pastikan rumah anda tidak dikelilingan dengan pokok-pokok yang terlalu tinggi dan lebat. Rumah yang terlalu banyak pokok membolehkan pencuri menyembunyikan diri di celah-celahnya.

Pastikan pokok-pokok cantik anda itu tidak digunakan pencuri sebagai tempat persembunyian.

8. Tiada Sistem Penggera

Percaya atau tidak, sistem penggera rumah boleh menyelamatkan rumah anda dari dimasuki pencuri. Sistem penggera atau ‘alarm’ ini sangat disyorkan, lebih-lebih lagi rumah yang berada di kawasan panas yang sering berlakunya kes kecurian.

Sistem penggera ini akan berbunyi jika rumah anda dipecah masuk, sekaligus dapat menakutkan pencuri disamping memberi isyarat kepada jiran-jiran berdekatan.

Musim raya dah tiba, pasti semua kalut nak balik sediakan baju dan barang-barang nak bawa balik ke kampung . Rumah ditinggalkan mungkin dalam seminggu dua. Tiada alarm terpasang jika berlaku apa-apa jenayah pecah masuk kecurian. Namun ada cara pagar rumah cara islam ( ghaib ).

cara pagar rumah, cara pagar rumah dengan doa, bacaan cara pagar rumah

Cara Pagar Rumah Menggunakan Bacaan Al Quran

Ni ada sedikit perkongsian cara pagar rumah untuk diamalkan semoga dgn ikhtiar ni Allah pelihara rumah serta harta-benda kita dari dimasuki oleh pencuri atau dimasuki oleh jin. Insya Allah.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :

  1. Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
  2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
  3. Baca Ayatul Kursi.. (1x)
  4. Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud : “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua. Berhati-hati di jalan raya. Perkongsian cara pagar rumah ini dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 18 =