Inilah Bahaya Jika Badan Susah Nak Berpeluh

Berpeluh adalah cara menjaga tubuh selain menjadikan suhunya kembali normal. Ia berfungsi mengeluarkan pelbagai racun dari tubuh melalui pori-pori ketika kita bersukan.

Dalam hal ini, olahraga atau berjalan kaki dikategorikan antara aktiviti mampu merangsang tubuh mengeluarkan keringat.

KELEBIHAN BERPELUH

1) Membuang toksin dalam badan – berpeluh dapat membersihkan bahan yang berbahaya seperti alkohol, kolesterol dan garam daripada badan. Kajian menunjukkan 30 peratus tokson akan dibuang melalui peluh. Buah pinggang mengambil masa 24 jam untuk membuang toksin yang berbahaya daripada badan manakala jika berpeluh, pembuangan toksin lebih cepat.

2) Memperbaiki peredaran darah – peluh juga dapat membantu menambahkan kesihatan jantung dan salur darah. Apabila badan berpeluh, jantung akan bekerja lebih kuat untuk menambahkan peredaran darah. Mekanisme ini berguna dalam jangka masa yang panjang.

3) Mencantikkan kulit – peluh mengandungi jumlah antibiotik yang kecil yang membantu menetang bakteria yang terdapat secara semulajadi dalam kulit. Peluh juga dapay membersihkan liang roma dan menjadikan kulit lebih cerah dan lembut. Peluh juga membantu memperlahankan tanda penuaan dan mengurangkan kesan kerosakan kulit.

4) Membakar lemak – peluh boleh membantu mengurangkan berat badan. Apabila badan berpeluh semasa senaman, lemak akan larut dalam air dan mengalir keluar daripada badan melalui peluh. peluh dapat membakar 300 kalori dalam masa satu jam.

5) Mengurangkan tekanan – peluh tidak akan mengurangkan tekanan secara langsung. Namun, pertambahan suhu badan melalui senaman ataupun sauna mempunyai kesan yang positif. Endorfin dan bahan kimia yang lain akan dibebaskan semasa senaman akan mengurangkan tekanan secara semulajadi.

Sebenarnya terdapat macam-macam keadaan yang membolehkan seseorang itu berpeluh antaranya selepas makan pedas, terlalu risau, cuaca panas, selepas melakukan aktiviti yang cergas seperti bersenam dan sebahagian kecil pula adalah merupakan penyakit.

Berikut adalah tip yang dikongsi berhubung bahaya tidak berpeluh pada tubuh dan kesihatan seseorang.

BAHAYA JIKA TIDAK BERPELUH

Kulit kusam :
Dalam tempoh yang lama tidak bersenam akan membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Ini kerana tiada tekanan berlaku terhadap kulit. Sekiranya anda khuatir mempunyai masalah kulit kusam, mungkin ini antara sebabnya.

Ganggu sistem imunisasi :
Dengan berpeluh, ia membantu melahirkan sel darah putih. Fungsi sel darah putih didalam tubuh adalah sebagai penghalang virus dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Kegemukan :
Tanpa bersenam, lemak berlebihan yang kita makan akan berkumpul tanpa ada proses ‘membakar’ lemak dan kalori. Setiap pergerakan di bahagian otot berbeza memberikan impak berlainan. Oleh itu, bagi mereka yang malas bersenam mudah buncit selain mempunyai otot tidak pejal.

Jantung tidak sihat :
Agar kesihatan jantung terus meningkat, maka disyorkan untuk menjadikan senaman sebagai rutin kerap. Dengan keluarnya peluh, ia akan melancarkan sistem kitaran darah yang masuk dan keluar dari jantung. Lancar proses ini maka lancarlah jantung anda.

Bagi orang yang memang susah nak berpeluh langsung walau apa sekali pun keadaan yang dihadapi, perlu mendapatkan rawatan segera. Ini kerana menurut pakar perubatan kulit, golongan tersebut akan menyebabkan dirinya terkumpul toksik dalam badan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment