Inilah 5 Tip Kawal Pengambilan Air Untuk Pesakit Buah Pinggang, Sila Kongsikan Ianya Boleh Menyelamatkan Nyawa Pesakit…

Bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, pengambilan air perlu dititik beratkan dan tidak boleh diambil secara berlebihan. Pesakit buah pinggang tidak boleh kencing dalam jumlah yang banyak seperti orang yang sihat. Oleh sebab itu, jika air banyak diambil, ia mudah berkumpul di dalam badan sehingga menyebabkan bengkak-bengkak di seluruh badan terutamanya di bahagian buku lali ke bawah.

Kaki yang bengkak-bengkak sedikit sebanyak akan mengganggu kualiti hidup pesakit. Mereka tidak boleh berjalan dengan baik kerana kaki mereka sakit. Pesakit yang menjalani dialisis adalah golongan pesakit yang sangat-sangat perlu untuk menjaga pengambilan air kerana mereka sudah tidak boleh kencing dalam jumlah yang sepatutnya.

Kebiasaannya, doktor akan menetapkan berapa mililiter air yang boleh diminum pesakit untuk mengelakkan bengkak. Ada pesakit yang boleh ambil hanya 1000 ml, ada pula hanya 800 ml sehari. Pesakit dan penjaga perlu mengambil tahu berapa jumlah yang perlu diambil agar pesakit tidak mengalami dehidrasi (kekurangan air di dalam badan) dan tidak juga terlebih air.
Memastikan air yang diambil mencukupi dan tidak berlebihan merupakan satu cabaran bagi pesakit kerana cuaca di negara kita, Malaysia adalah panas. Berikut adalah tips memastikan air diminum tidak lebih daripada yang disarankan doktor.

1. Sediakan botol minuman yang khas untuk sehari

Sebagai contoh, jika pesakit hanya boleh minum 1 liter sehari, sediakan satu botol mineral saiz 1 liter berisi air mineral. Pesakit hanya boleh minum air daripada botol itu sahaja
Sekiranya pesakit hendak menghirup sup atau makan bubur, tuang air daripada botol khas ke mangkuk sebanyak mana sup/bubur yang pesakit ingin hirup kemudian buang air tersebut. Selepas itu, barulah isi mangkuk dengan sup/bubur tersebut. Cara ini adalah untuk mengukur jumlah air yang diambil daripada sup/bubur tersebut.

Begitu juga jika pesakit ingin merasa minuman berperisa, tuang ke cawan sebanyak mana yang ingin diminum. Dengan cara ini, pesakit boleh memastikan setiap air yang masuk di dalam badan adalah mengikut ukuran yang ditetapkan

Makanan yang berasal daripada air seperti jeli, agar-agar, aiskrim, ais (seperti Air Batu Campur) perlu diambil kira juga sebagai jumlah air yang diminum dalam sehari. Oleh itu, pesakit perlu berpada-pada jika memakan makanan seperti itu.

2. Kurangkan meminum air manis

Kebiasaannya pesakit buah pinggang turut mempunyai penyakit kencing manis. Oleh itu, amatlah penting bagi pesakit untuk tidak mengambil makanan manis bagi mengawal paras gula dalam darah
Dari segi kawalan air, meminum air manis adalah tidak disarankan kerana air yang manis hanya akan menyebabkan pesakit menjadi lebih haus dan akan minum lebih banyak. Sebaiknya, minum sahaja air kosong.

Makanan yang boleh menyebabkan rasa haus

3. Kurangkan memakan makanan yang tinggi garam

Umum mengetahui, memakan makanan yang tinggi garam akan menyebabkan kehausan. Oleh itu kurangkan mengambil makanan tinggi garam dan MSG seperti:

Makanan yang diawet: Ikan masin, telur masin, sotong kering, udang kering, belacan, jeruk buah/sayur
Makanan tin atau botol: Sardin, sup cendawan segera
Makanan paket: Keropok, kerepek, mi segera
Perasa tambahan: Kiub perasa MSG, serbuk MSG, kicap, sos tomato, taucu
Kuah lauk pauk dan sebarang makanan yang agak masin

Selain itu, makanan bergoreng dan terlalu kering juga boleh menyebabkan kehausan. Jangan makan terlalu banyak

4. Kemam kepingan ais jika haus semasa musim panas

Cuaca yang panas akan menyebabkan lidah terasa kering dan mudah haus. Oleh itu, tips untuk mengurangkan rasa haus tanpa meminum air secara berlebihan adalah dengan mengunyah kepingan ais. Namun demikian, pastikan ais yang diambil tidak terlalu banyak kerana ia juga merupakan air.

Tips lain ialah mengunyah gula getah atau menghidu/merasa buah yang masam seperti limau kasturi untuk mengaktifkan kalenjar air liur di dalam mulut. Dengan cara ini, rasa haus akan sedikit berkurang kerana lidah menjadi basah

5. Kurangkan melakukan aktiviti di bawah terik matahari

Sekiranya pesakit ingin melakukan aktiviti seperti bercucuk tanam, pastikan ia dilakukan semasa cuaca tidak panas contohnya di awal pagi. Begitu juga jika ingin dengan bersenam.

Bersenam di dalam rumah di bawah kipas adalah lebih baik kerana air tidak banyak hilang melalui peluh. Bersenam di bawah matahari akan menyebabkan pesakit banyak berpeluh dan mudah haus.

Pesakit sangat disarankan melakukan senaman ringan bagi melancarkan peredaran darah dan menyihatkan jantung.

Apakah tip lain yang anda amalkan untuk mengawal pengambilan air ? Kongsikan pada ruangan komen dibawah!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment