Ini Cara Mudah Menjaga Dan Melembutkan Tuala

Setiap kali selepas mandi kita memerlukan kain tuala untuk mengeringkan badan kita, setiap manusia memerlukan sekurangnya 2 tuala setiap kali selepas mandi untuk mengeringkan badan dan muka. Disyorkan kita mengasingkan tuala untuk mengelap muka bagi memastikan tiada jangkitan kuman pada muka kita. Namun, ramai yang selalu mengabaikan keperluan untuk menjaga kebersihan tuala yang sepatutnya perlu ditukar kerap.

Tuala adalah salah satu kelengkapan dan peralatan mandi yang wajib di jaga secara bersistematik agar kain tuala yang kita gunakan itu tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan kerana cara penjagaan tuala yang salah.

Petua Menjaga Tuala:

  1. Jemurkan tuala di tempat yang ada cahaya matahari setiap kali selepas menggunakannya agar tiada bacteria yang dapat membiak pada Tuala mandi kita.
  2. Bagi menjaga kebersihan tuala, bersihlah tuala sekerap yang mungkin seperti tukar tuala setelah tiga kali penggunaan.
  3. Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bacteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan dengan pakaian lain.
  4. Untuk bersihkan tuala yang baru beli, rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala hilang sepenuhnya.

Jangan tergoda dengan warna kain tuala yang warna warni, kerana fungsi menyerap air adalah fungsi utama yang harus di beri perhatian.

Ada kain tuala yang murah elok, ada kain tuala yang murah tidak elok, ada kain tuala yang mahal elok dan ada juga kain tuala yang mahal tidak elok, jadi pilihlah secara bijak. Paling penting, gunalah banyak kain tuala agar kain tuala tidak cepat rosak.

Petua Cari Tuala:
Belilah tuala yang 100% egyptian cotton.

Petua Melembutkan Tuala:
Gunakan 1 cawan cuka atau ½ cawan soda bikarbonat ketika melakukan bilasan terakhir ketika membasuh tuala. Langkah ini akan menyegarkan tuala yang kelihatan kusam.

Selamat mengguna tuala mandi dengan bijak dan berhemah. Semoga jangka hayat tuala mandi anda akan panjang hayatnya jika anda tahu menjaganya dengan bijak.

Kredit: Cara Dapat Tuala Selembut Tuala Hotel

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 2 =