Cara Atasi Masalah Hujung Rambut Berbuah

Masalah ini sering kali dihadapi mereka yang bertudung. Menjengkelkan bukan? Hujung rambut berbuah terjadi yang mana ada bendasing putih di hujung rambut dan kelihatan seperti telur kutu.
Rambut yang basah diikat, ditutup dengan kain tebal mahupun diperap di dalam tudung membautkan rambut menjadi busuk dan lama kelamaan berminyak serta berbuah.

Terdapat beberapa cara untuk atasi masalah rambut ini.
masalah rambut, masalah rambut wanita bertudung, hujung rambut berbuah, punca rambut rosak
Elakkan dari membasuh rambut setiap hari
Ini bukan pilihan yang baik untuk mereka yang sering mengikat rambut atau wanita bertudung. Sekali setiap dua hari atau mereka yang ingin membasuh setiap hari, basuhlah pada waktu malam. Jadi anda ada masa untuk mengeringkannya.
Pilih syampu yang betul
Kebiasaannya rambut berbuah terjadi kerana ia mengandungi lebihan minyak. Justeru, pilih syampu yang khusus untuk masalah ini.
Masalah bakteria
Tahukah anda rambut yang diperam boleh menghasilkan bakteria yang menyebabkan rambut rosak dan berbau busuk? Masalah ini melanda mereka yang kerap memakai helmet, tudung atau topi. Peluh yang berkumpul memerangkap bakteria dan menyebabkan pelbagai masalah rambut lain. Jangan lupa buat rawatan rambut ya! Mungkin pupur rambut dan ekstrak lemon boleh menyingkir bau yang tidak menyenangkan itu.
Perihal ikat rambut
Punca utama hujung rambut berbuah adalah kerana mengikat rambut yang basah. Dan jangan ikat rambut ketika tidur, rambut juga perlu bernafas.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment