Resipi Homemade Jus Avokado Ini Bantu Jaga Jantung & Lambatkan Penuaan Pada Wajah Anda!

Bagi mereka yang sedang berdiet, jus avokado merupakan salah satu pilihan menu untuk mengurangkan berat badan dan mengawal kolesterol. Tetapi tidak ramai yang meminati jus avokado kerana rasanya yang kurang menyelerakan. Jadi bagi yang sedang berdiet kadang kala mereka lebih suka menggunakan buahan citrus dan beri.

Namun, tidak salah jika mencuba jus buahan lain yang mungkin anda perlukan untuk kesihatan mata dan kecantikan wajah. Buah seperti avokado tidak menjadi pilihan sangat kerana kadang kala harganya agak mahal sedikit berbanding buahan lain malahan kadang kala sukar diperolehi di sesetengah kawasan.

Tetapi tidak boleh dinafikan khasiat dan manfaat jus avokado ini kepada anda dan rugi jika tidak mengamalkannya seminggu sekali pun sudah cukup membantu badan anda memperolehi khasiat yang sepatutnya.

Disini kami ingin kongsikan satu resepi jus avokado yang anda boleh buat sendiri di rumah, bagi mereka yang tidak biasa dengan rasa buah ini resepi ini boleh membantu memudahkan anda minum jus avokado dengan rasa yang lebih sedap!jus avokado, cara buat jus avokado, khasiat avokado, manfaat avokado, cara makan avokado

Bahan2nya:

  • 1 gelas susu segar
  • 1 biji buah avokado dikorek isinya drpd kulit
  • 1 gelas ais
  • Sedikit gula jika mahu. ( Saya tak letak gula )
  • Blend hingga hancur.
  • Lilitkan coklat pada gelas. Tuang jus yang di blend. Jika mahu tabur milo pun boleh.

Memang sedap. Cubalah.

Buah Avokado sangat banyak khasiatnya. Bagus kepada org yang berdiet atau tidak. Buahnya rasa lemak2. Sangat disyorkan anda perkenalkan jus avokado ini kepada anak-anak kerana manfaatnya bukan sekadar untuk kesihatan pada orang dewasa je.

Antara kebaikan Jus Avokado ialah:

BACA JUGA: Turun 17Kg Dalam Masa 2 Bulan Dengan Kaedah Liquid Diet Ini

1) Mengawal tekanan darah

Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2) Menggalakkan kesihatan mata

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

3) Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4) Menyembuhkan nafas berbau

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5) Ciri-ciri anti -penuaan

Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

6) Penjagaan Kulit

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

7) Mengekalkan kesihatan jantung

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

8) Jus Avokado Mempunyai Potasium Yang Lebih Tinggi Berbanding Pisang

Potasium adalah salah satu nutrient yang orang selalu kurang ambil. Potasium boleh mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan, selain berperanan penting di dalam badan dan salah satu khasiat jus avokado adalah ianya tinggi kadar potasium.

Setiap sajian 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada pisang, yang mana sudah dikira buah yang tinggi kadar potasiumnya.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dengan terkawal) boleh mengurangkan tekanan darah, iaitu satu faktor utama kepada masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

9) Jus Avokado Mempunyai Asid Lemak Monotaktepu (Monounsaturated Fatty Acids)

Buah avocado tidak dinafikan bahawa mengandungi kadar lemak yang tinggi malah, 77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak tersebut, membuatkan buah ini antara buah yang berlemak.

Tetapi, perlu ingat bahawa lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik (oleic acid).

Ini bermaksud bahawa ianya adalah asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) – memberikan kebaikan kepada badan. Lemak itu juga terdapat di dalam minyak zaitun.

Asid oleik dibuktikan boleh mengurangkan kadar keradangan dan mempunyai kesan yang positif kepada gen pembawa kanser.

10) Jus Avokado Kaya Dengan Serat

Serat ataupun fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avokado. Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Jika avokado diambil dalam bentuk jus avokado ianya lebih mempunyai serat yang lebih tinggi.

Serat boleh membantu penurunan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan memudahkan proses membuang air besar.

Kredit : roshima ibrahim shima

BACA JUGA: Air Rebusan Buah Ini Boleh Menghalang pelbagai Penyakit & Cegah Sakit Jantung

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen + 19 =