Masalah Dagu Berlapis? Amalkan 6 Teknik Ini Untuk Hilangkannya Double Chin

Amalkan 6 Teknik Ini Untuk Hilangkan Dagu Berlapis | Kecantikan wajah bukan saja dilihat dari segi kulit wajah yang sekata dan bersih, tetapi juga bentuk muka yang kena dengan saiz badan juga turut dititikberatkan. Ramai wanita tidak mengiru usia tidak dapat lari dari masalah dagu berlapis.

Dagu berlapis atau double chin adalah keadaan di mana lemak berkumpul di bahagian dagu. Ia boleh terjadi pada semua golongan tanpa mengenal usia. Ada pelbagai punca yang menyebabkan keadaan ini. Antaranya ialah:

  1. Kegemukan.
  2. Peningkatan usia
  3. Tabiat buruk termasuk kedudukan posture yang tidak betul dan cara pengendalian gadget yang salah.

Tidak semua orang yg gemuk mempunyai dagu berlapis. Tetapi biasanya mereka yang berjaya menurunkan berat badan akan mengalami masalah ini apabila telah kurus. Kulit di bahagian dagu akan mengelebih memberi efek berlapis di bawah dagu.

Sebaliknya,peningkatan usia merendahkan kadar metabolisme membuatkan kita mudah menjadi gemuk. Lebihan lemak akan berkumpul di bawah dagu dan di rahang akibat kulit yang kurang elastik dan kesan graviti.

Tetapi yang lebih penting dan boleh di elakkan adalah tabiat buruk kita sendiri. Tabiat buruk termasuklah mengabaikan kedudukan posture badan seperti membongkok, sering omemandang ke arah bawah dan sebagainya.

Satu masalah di zaman moden ini ialah penggunaan gadget. Ia seringkali menimbulkan masalah dagu berlapis. Penggunaan smartphone, tablet dan laptop yang terlalu lama dengan kedudukan yang salah sudah cukup syarat kenapa dagu menjadi berlapis.

Jika dulu fenomena ini biasa terjadi pada golongan berusia kini kita dengan mudah akan dapati golongan muda di antara umur 18-39 tahun mengalaminya.

Tabiat lain yang di kenal pasti adalah cara tidur seseorang. Tidur terlentang dengan menggunakan satu bantal di kepala adalah salah satu lagi punca kepada masalah ini.

Setelah dikenalpasti punca2 dari tabiat kita sendirilah yang menyebabkan kita kelihatan kurang menarik dan hilang keyakinan diri. Jadi, haruslah kita berusaha mengubahnya dan sentiasa beringat akan kesan yang menanti akibat dari tabiat kita tadi.

6 Amalan Untuk Mencegah Dan Menghilangkan Dagu Berlapis

Di bawah adalah cara yang berkesan untuk menghilangkan masalah dagu berlapis:

BACA JUGA :: Tip Hilangkan Bintik Hitam Di Muka Dengan Berus Gigi

1. Elakkan tidur pada waktu siang

Amalan tidur siang membuatkan wajah menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini membuatkan anda kelihatan berisi. Dagu juga menjadi berlapis jika anda sering tidur siang.

2. Urutan wajah

Lakukan urutan wajah setiap hari. Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, dongakkan kepala. Kemudian secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan dilakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan yang betul melancarkan perjalanan darah dan wajah menjadi bujur, sekali gus mengatasi dagu berlapis.

3. Jaga pemakanan

Amalkan pemakanan yang seimbang, elakkan makanan berlemak. Ini membuatkan berat badan anda naik. Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan. Rata-rata wanita yang bertubuh gempal mempunyai dagu berlapis.

4. Masker putih telur

Dagu berlapis berlaku kerana lebihan lemak dan kulit yang kendur. Jadi bagi menganjalkan kembali kulit di bahagian ini, oles wajah dengan masker putih telur yang dicampurkan dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu dua kali, kulit di bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.

5. Senaman wajah

Buka mulut anda seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’. Pergerakan ini membantu memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.

6. Ketawa

Ketika kita ketawa dan berbicara, otot wajah ‘bekerja’ kuat. Pergerakan ini juga membuatkan wajah tampak awet muda dan mengurangkan lemak di bawah dagu. Jadi, rajin-rajinlah ketawa dan berbicara jika mahu dagu anda runcing.

BACA JUGA :: Petua Masker Telur Yang Mudah Tapi Hasilnya Power!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twenty − eleven =