12 Khasiat Pokok Herba Sarang Semut Merawat Penyakit Berbahaya

Pokok herba Sarang Semut atau nama sainsnya Myrmecodia pendans, berasal dari Papua, dikatakan sangat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuk semua jenis kanser, sakit jantung, rheumatism, stroke, ginjal, menambah air susu ibu, melancarkan peredaran darah dan memulihkan masalah seksual.

Herba Sarang Semut kaya dengan bahan aktif antioksidan (Tokoferol dan Fenolik) dan mengandungi mineral penting seperti kalsium (Ca), natrium (Na), kalium (K), zink (Zn), ferum (Fe), fosforus (P) dan magnesium (Mg).

Sarang Semut juga mengandungi Flavanoid yang berguna sebagai antioksidan yang baik untuk mencegah dan membantu mengubati kanser, melindungi struktur sel, meningkatkan keberkesanan vitamin C, Anti-inflamasi dan sebagai antibiotik.

herba Sarang Semut, herba Sarang Semut rawat kanser, herba Sarang Semut rawat penyakit bahaya, rawatan alternatif herba Sarang Semut

Di Papua, Sarang Semut terkenal sebagai Ramuan Natural Alami Herbal Sarang Semut (Myumeccodia) atau boleh disebut fira papua yang memang telah terbukti khasiatnya.

Ramuan Natural Alami Herbal Sarang Semut (Myumeccodia) Asli dari Papua Sarang semut adalah salah satu tumbuhan epyfit yang mana umbinya dihuni oleh semut, sehingga diberi nama sarang semut.

Sarang semut (Myumeccodia) menurut kajian ilmuan dunia ada 26 spesis. Menurut Martin Heil dari jabatan Of bio organic chevistry–max plant–institute Jerman, sejak tahun 1960 herba Sarang Semut sudah menjadi wacana kajian. Khasiatnya telah diuji dan terbukti satu–satunya tumbuhan penyembuh kanser dan tumor di dunia.

BACA JUGA: Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat

Ditemui di pedalaman (papua) pada awal Januari 2005, kesimpulan penyelidikan selepas dikaji dengan alat rontgen (sinar X) ternyata mengandungi flavonoida, glikosida, polifenol, antioksidan, vitamin, mineral dan asamfrominat.

Berikut adalah khasiat perubatan Herba Sarang Semut:

  1. Pelbagai jenis kanser dan tumor seperti kanser otak, kanser hidung, kanser payudara, kanser liver, kanser paru–paru, kanser usus, kanser rahim, kanser kulit, kanser leukimia, kanser prostat.
  2. Gangguan jantung.
  3. Stroke ringan atau berat.
  4. Menghilangkan lebam–lebam payudara.
  5. Tuberkulosis (batuk kering) dan paru–paru.
  6. Ambeien/buasir yang baru atau lama.
  7. Migrain (sakit kepala sebelah).
  8. Rematik.
  9. Melancarkan dan meningkatkan Air Susu Ibu (ASI).
  10. Melancarkan peredaran darah, pegal linu dan kesakitan otot.
  11. Memperbaiki dan meningkatkan stamina tubuh.
  12. Meningkatkan daya hidup.

Cara penyediaannya:

  1. 25 gram herba sarang semut direbus dengan 1 liter air dengan api yang sederhana.
  2. Biarkan rebusan sehingga mendidih dan airnya bertukar menjadi warna cokelat seperti air teh.
  3. Tapis air tersebut dan biarkan sehingga hangat mahupun sejuk.
  4. Minum 2- 3X sehari dengan ukuran 1 cawan sebelum makan pagi, siang dan sebelum tidur.
  5. Minum 6X sehari bagi penyakit yang kronik.
  6. Bahan yang sama dapat direbus untuk beberapa kali, dan dibuang setelah airnya menjadi bening.
  7. Perubahan dapat dilihat setelah diminum secara rutin selama 2 minggu – 2 bulan.

Seseorang pesakit yang meminum herba sarang semut sentiasa merasa haus dan dahaga. Oleh sebab itu hendaklah meminum air putih yang dimasak ataupun air mineral. Elakkan meminum air bergas, air sejuk dan air manis. Wanita hamil ditegah untuk meminum herba ini.

Elakkan menggunakan periuk aluminium semasa merebus herba ini kerana periuk akan bocor. Sila gunakan periuk tanah ataupun periuk kaca (corning ware)

Walau bagaimanapun tiada ada kajian lanjut berkaitan pokok herba sarang semut dari segi perubatan oleh Kementerian Kesihatan di Malaysia. Namun ianya salah satu ikhtiar yang boleh dicuba bagi mereka yang memerlukan. Pastikan jenama produk yang menggunakan Herba Sarang Semut ini mendapat kelulusan dari KKM sebelum anda membuat pembelian. Semoga memberi manfaat.

BACA JUGA: Nasi Lemuni Untuk Ibu Tamat Berpantang

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

10 + 16 =