Henti Tabiat Gigit Kuku! Anda Boleh Dijangkiti 5 Bakteria Bahaya Ini

Tabiat gigit kuku bukan sahaja beri kesan yang buruk pada bentuk gigi, malah ia juga dapat membahayakan kesihatan tanpa kita sedar.

Golongan kanak-kanak biasanya yang menggigit kuku walaupun ditegah ada juga yang masih melakukannya sehingga dewasa. Ada beberapa kajian mengatakan tabiat seperti ini adalah disebabkan gangguan psikologi.

Mereka yang gigit kuku, menarik helaian rambut dan banyak lagi tabiat seperti mencederakan diri sendiri mempunyai masalah untuk mengawal emosi. Jika mereka berasa bosan, tidak tenteram atau stress jadi tindakan menggigit kuku untuk menenangkan atau membuatkan untuk lebih fokus. Pelik bukan?

Jika anda yang masih lagi menggigit kuku dan sekarang pun tengah gigit kuku, hentikan!5 bakteria gigit kuku, tabiat gigit kuku, masalah mental gigit kuku, bahaya gigit kuku. tabiat tidak elok

Tahukah anda terdapat 5 bakteria berbahaya yang boleh memanipulasikan kesihatan anda melalui sikap gigit kuku. Ketahui kesan pembawakan bakteria tersebut dalam badan anda.

#1 Staphylococcus Aureus

Bakteria staphylococcus aureus yang terdapat dalam kesan luka jari yang digigit boleh menyebabkan keracunan makanan, jari bengkak, berbisul dan jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan dari luka kulit yang tidak diubati.

BACA JUGA: 6 Jenis Makanan Yang Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan

#2 E. coli

Pernah dengan wabak E. coli? Bakteria E. coli antara bakteria berbahaya pembawa maut. Mengigit kuku yang kotor dan tangan yang tidak dicuci tanpa sedar anda dijangkiti E. coli. Cegah! Kerana ia merisikokan kesihatan anda.

#3 Herpetic Whitlow

Keadaan tisu dan kulit jari boleh rosak dan bahagian leher terasa sakit dan lenguh gara-gara dari jangkitan bakteria herpetic whitlow. Selain itu, jangan tanya kenapa anda kerap jatuh sakit atau demam.

#4 Candida Parapsilosis

Bakteria yang boleh ditemui dibawah kuku iaitu candida parapsilosis boleh menyebabkan penyakit kulit dan jangkitan pada seluruh badan! Lebih menakutkan, ia boleh merebak sehingga melumpuhkan otak, jantung, mata dan organ penting.

#5 Salmonella

Bakteria Salmonella yang sering dikaitkan dengan keracunan makanan, cirit-birit dan demam boleh dijangkiti dari sikap tidak membasuh tangan. Bayangkan selepas mengusap haiwan peliharaan atau ke tandas anda tidak mencuci tangan kemudian kembali dengan tabiat menggigit kuku. Simptom penyakit yang disebut tadi boleh berlaku 12 hingga 72 jam selepas terkena jangkitan.

Henti sekarang sebelum tahap kesihatan menjadi lebih buruk. Bayangkan bukan sahaja bentuk kuku buruk, kesihatan boleh terancam!

BACA JUGA: Cara Guna Listerine Untuk Ubati Kaki Kering & Berkerak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment