Hasilkan Baja Organik MOL Lebih Efektif, Hanya 6 Langkah Mudah Gunakan Nasi Basi Je

Mesti ramai tertanya macam mana nasi basi dijadikan baja organik MOL. Nasi basi sering menjadi limbah terbuang begitu saja. Biasanya nasi basi ini dibuang ke tempat sampah atau diberikan sebagai bahan makanan ternak.

Padahal nasi basi boleh dijadikan bahan bioaktifator, unsur pembuatan baja kompos atau lebih mudah dikenali dengan panggilan MOL (micro organisme local).

Baja kompos mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan kepada tanaman. Namun ada antara kita tertanya-tanya apakah bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai baja kompos. Tahukah anda sisa bahan buangan terdiri daripada dua kategori iaitu bahan buangan hijau dan bahan buangan coklat.

Sisa buangan hijau mengandungi kandungan nitrogen dan kadar kelembapan tinggi di samping boleh di kompos dengan cepat dan mudah. Antara sisa buangan yang tergolong di dalam bahan sisa hijau ialah:

  1. Sayur dan buah
  2. Daging lembu, ayam dan ikan
  3. Tulang ikan
  4. Kulit udang
  5. Keju
  6. Kulit telur
  7. Daun teh (tidak termasuk uncang teh)
  8. Serbuk kopi
  9. Pokok atau daun yang telah dicantas
  10. Bunga yang telah layu
  11. Rumpai
  12. Nasi
  13. Pasta
  14. Batang jagung

Untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti tinggi, anda tidak digalakkan untuk menggunakan buah-buahan yang mempunyai asid seperti limau kerana ia akan merosakkan kultur baja kompos.

Untuk bahan sisa buangan coklat pula, ia mengandungi karbon yang merupakan medium pengudaraan di dalam struktur baja kompos. Bahan untuk kategori ini akan mereput secara perlahan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memotong bahan-bahan tersebut sebelum di diletakkan di dalam bekas atau mesin kompos. Antara bahan sisa coklat ialah:

  1. Kertas terpakai seperti surat khabar
  2. Kotak
  3. Habuk kayu
  4. Daun kering
  5. Dahan kayu dan ranting
  6. Kon pokok pain
  7. Kulit kekacang
  8. Lampin pakai buang
  9. Tisu
  10. Kertas penuras mesin kopi

Terdapat banyak bahan buangan di sekeliling anda sesuai dijadikan sebagai baja kompos terutamanya dari dapur anda. Baja kompos ini juga boleh dijadikan sebagai alternatif kepada pekebun untuk menghasilkan baja dengan murah dan mudah di samping menjamin kelestarian alam semula jadi. Ia mudah dihasilkan dan selamat untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.

Apakah itu baja organik MOL

MOL ialah singkatan dari perkataan Mikroorganisma Lokal. Istilah ini berasal dari Indonesia. MOL pada dasarnya ada benda yang sama dengan FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Femented Fruit Juice). Bagi saya, menggunakan istilah MOL lebih mudah, tak mengelirukan dan senang nak tulis dan sebut. Lidah tak tergeliat.

Mol adalah baja dan penggalak tanaman yg terhasil dari peraman bahan tertentu, contohnya sayuran, buahan, bawang, ikan, kekacang bersama gula merah. Setiap bahan yg digunakan untuk membuat mol mempunyai khasiatnya yg tersendiri. Mol yg baik; bila digandingkan semasa pembajaan, lengkap unsur NPKnya.

* Mol ikan kaya dgn unsur Nitrogen ( N ) ; penting untuk pertumbuhan batang, cabang dan daun pokok. Mol ikan kaya dgn vitamin, mineral dan minyak semulajadi ikan. Lebih banyak zat dan khasiat dalam mol ikan berbanding minyak ikan yg kita beri pada anak anak. Tapi tolong jangan beri mol ikan pada anak anak.

* Mol kangkung dan bawang adalah pembekal hormon pertumbuhan pada pokok.

* Mol pisang membekalkan unsur kalium/pottassium (K) yg penting untuk menggalakkan pembungaan dan pembuahan.

* Penggunaan baja tahi ayam/kambing/lembu/kuda melengkapkan keperluan NPK tanaman. Begitu juga penggunaan Calphos, baja tulang dsbnya.

* Mol boleh tahan hingga bertahun. Namun begitu jika mencapai umur lebih dari 6 bulan dan jika mol sudah berbau ammonia, tambahkan sedikit gula merah.

Kenapa menggunakan gula merah?

  • Gula merah berupaya ‘memerah keluar’ khasiat bahan yg diperam.
  • Gula merah juga bertindak sebagai pengawet pati bahan yg diperam, jadi pati ini tahan lama.
  • Gula merah juga adalah makanan kepada bakteria yg terdapat dalam bahan peraman.

Resepi yg saya berikan (bukan resepi saya) adalah resepi asas. Tuan puan boleh gunakan kreativiti dan imaginasi untuk menambah dan membuat sendiri mol mol yg mungkin kita tidak pernah terfikir boleh dibuat.

baja organik MOL, MOL

Selama ini biasanya cairan yang digunakan untuk pembuatan baja kompos adalah daripada bahan kimia. Tidak banyak yang mengetahui bahwa nasi basi boleh menjadi pengganti bahan tersebut. Secara tidak langsung anda berupaya menghasilkan baja organik.

Nasi basi yang sudah menjadi cairan ini jauh lebih bagus dalam mempercepat proses pembusukan sampah. MOL mengandung mikro organisme yang terdiri dari bahan-bahan alami yang ada di sekitar, mudah didapat tanpa harus mengeluarkan wang banyak.

Langkah-langkah membuat MOL :

  1. Nasi (baru maupun basi) dibentuk bulat sebesar bola ping-pong sebanyak 4 ketul.
  2. Diperam selama tiga hari sampai keluar kelompok kulat yang berwarna kuning, jingga, dan abu-abu.
  3. Bola nasi berkulat kemudian dimasukkan ke dalam botol/bekas plastik.
  4. Tuang air satu gayung yang sudah dicampur gula sebanyak empat sendok makan ke dalam botol/bekas yang berisi nasi berkulat.
  5. Peram lagi selama satu minggu. Campuran nasi dan air gula tersebut akan berbau masam manis seperti tapai.
  6. MOL sudah sedia digunakan sebagai bahan pemula untuk membuat kompos dengan dicampur air. Perbandingan MOL dengan air dalam julat nisbah 1:5.

Langkah atau kaedah penghasilannya boleh di lihat didalam video yang disediakan:

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 2 =