Harumkan Kereta Dengan Gunakan Penyepit Baju

Pernah tak terbau sesuatu yang kurang menyenangkan keluar dari ruang penghawa dingin kereta walaupun dah berpuluh-puluh kali tukar pewangi kereta. Dekat pek tu tulis tahan selama tiga bulan padahal pakai dua minggu je dah habis.

Disini ada satu cara mudah untuk mengatasi masalah anda semua. Apa yang pasti cara ini lebih menjimatkan daripada beli pewangi-pewangi kereta yang berjenama mahal di luar sana tu. Kereta akan jadi wangi dan menyegarkan. Isteri atau kekasih korang pun takkan merungut lagi.

Pertama sekali anda perlu membeli penyepit baju yang diperbuat daripada kayu. Tapi sebelum tu pastikan anda dah ada minyak pati bunga kegemaran. Tak kisah la bau bunga ke buah ke yang penting wangi.

kereta berbau, bau busuk kereta, bau hapak kereta, kereta berbau hapak

Lepastu, titiskan minyak pati bunga tersebut pada penyepit kayu tadi sehingga basah. Kemudian kepitkan ia pada penghawa dingin kereta anda supaya nanti apabila kereta dihidupkan aroma wangi itu akan semerbak memenuhi ruangan kereta.

Dengan cara ini juga anda boleh cuba pada penghawa dingin dirumah ataupun tempat kerja anda. Lepas ni tak ada lagi masalah bau busuk di dalam kereta ataupun rumah anda. Isteri atau kekasih anda pun akan tersenyum riang.

BACA JUGA: 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment