Nak Haluskan Tapak Tangan Yang Kasar? Amalkan 7 Petua Ni!

Nak Haluskan Tapak Tangan Yang Kasar? Amalkan 7 Petua Ni! | Tapak tangan yang kasar berlaku disebabkan aktiviti kerja seharian dan kurang kelembapan pada tangan.

Adakalanya penggunaan bahan kimia yang terlalu kerap seperti membasuh pinggan turut merosakkan kelembapan pada tangan dan menjadikan tangan anda kasar.

Wanita pasti malu apabila tapak tangan kasar. Namun, janganlah rendah diri, tapak tangan kasar tandanya rajin. Kalau inginkan tapak tangan kembali lembut dan halus, jom rajinkan amal petua nenek moyang kita. Tapak tangan anda perlu dirawat dan dibelai agar kulit sentiasa sihat, halus dan lembap.

Kali ini kita bongkar kebaikan alam semula jadi untuk haluskan tapak tangan yang kasar.

1. Lendir Lidah Buaya

Potong lidah buaya kepada dua bahagian, ambil lendirnya dan gosok pada tapak tangan. Jangan sampai terkena kulit lidah buaya kerana boleh menyebabkan kulit gatal atau iritasi. Biarkan sehingga lendir lidah buaya kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini tiga kali seminggu.

2. Kopi Haluskan Kulit

Gunakan hampas kopi untuk menggosok tapak tangan. Hampas kopi bertindak sebagai skrub yang bukan sahaja membuang kotoran malah melembutkan tapak tangan dan meninggalkan bau harum. Lakukan sekerap mungkin.haluskan tangan kasar, petua lembutkan tangan, tangan kasar, kulit tangan kasar, kulit tangan lembut,

BACA JUGA: Perempuan Malu Ada ‘Misai’? Ni 5 Cara Mudah Nak Hilangkannya

3. Masker Kentang

Kupas kentang, basuh sehingga bersih. Kemudian kisar atau parut sehingga kentang halus. Oles pada tapak tangan. Biarkan selama 20 hingga 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Akhiri dengan penggunaan losen tangan. Kulit akan menjadi gebu dan menawan.

4. Manfaat Susu Cair

Masukkan susu cair ke dalam air panas, kemudian rendam tangan selama 10 hingga 15 minit. Khasiat yang terkandung di dalam susu ini akan membuatkan kulit menjadi cerah, tapak tangan lebih lembut.

5. Rahsia Limau Nipis

Belah limau nipis kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan pada tapak tangan. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Pastikan tangan anda tidak luka kerana perahan limau nipis akan menyebabkan bahagian tercedera perit dan sakit.

6. Minyak Kelapa & Zaitun

Sapukan minyak kelapa pada tangan atau tubuh yang kering dan kasar. Gosokkan secara perlahan-lahan, kemudian biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih, jangan gunakan sabun. Biarkan sisa minyak kelapa atau minyak zaitun pada tangan kerana ini membantu melembapkan kulit dan membantu haluskan tapak tangan kembali. Sebaik-baiknya lakukan petua ini sebelum tidur.

BACA JUGA: Beras Pulut Rahsia Putihkan Kulit Muka, Jom Cuba!

7. Garam Bukit

Masukkan garam bukit di dalam air suam, boleh juga ditambah minyak aromaterapi untuk kesan yang lebih baik. Kemudian rendam tangan anda selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air sejuk. Akhiri dengan penggunaan losen tubuh. Air garam bukit merawat bahagian bermasalah, membuang toksin, kotoran dan menyingkirkan sel kulit mati. Kulit akan tampak bersih, cerah dan membantu haluskan tapak tangan yang kasar.

Mudah sahaja jika mahu haluskan tapak tangan semula, janji anda amal dan guna dengan cara yang betul. Selamat mencuba!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × four =