HALBA – Ucap Selamat Tinggal Kepada Tongkat Ali

Nasi Lemak yang sedap tambah enak dengan keharuman bau halba (Trigonella foenum-graecum) yang dikukus bersama nasi. Payah nak jumpa halba dalam masakan kerana saiznya yang kecil atau mungkin juga ramai yang tidak mengenali bagaimanakah rupa halba.

Halba kalau diperhatikan ia hampir berbentuk seperti sel darah merah. Kalau kita masih ingat semasa belajar mata pelajaran Sains/Biologi dahulu, fungsi sel darah merah atau eritosit adalah mengedarkan Oksigen ke seluruh tubuh, berperanan menjaga kekebalan tubuh dari serangan patogen dan melebarkan pembuluh darah bagi melancarkan alirannya.

Sebenarnya halba mempunyai nilai perubatan yang amat tinggi. Maha suci Allah yang telah menurunkan penyakit itu beserta penawarnya. Halba adalah merupakan penawar yang amat hebat kepada pelbagai penyakit. Dipercayai herba ini telah digunakan sejak zaman berzaman dan amat penting dalam perubatan islam ketika itu.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ” ( Books of Sufi Healing m.s.58)

” Gunakanlah Halba sebagai ubat”
( Qamus Al-Tibb i Ahad Qodamah-Mesir)

Lihat, Nabi SAW juga menyuruh kita memanfaatkan herba ini.Hebat bukan!

Menariknya herba ini kepada kaum lelaki, hormon testosterone lelaki meningkat dan ini merangsangkan keinginan seks, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.

Manakala kepada kaum hawa, herba rempah ajaib ini dapat merangsangkan penghasilan hormon estrogen dan oleh yang demikian ia dapat merangsang pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja.

Antara lain Kelebihan & Khasiat Teh Halba adalah :-

  • Mencuci perut.
  • Mencuci darah kotor
  • Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
  • Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
  • Membantu masalah kegemukan
  • Menguatkan fungsi jantung.
  • Merawat masalah sembelit & buasir.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
  • Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
  • Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim
  • Mengetatkan & meremajakan rahim
  • Menghilangkan lendir & sakit tekak.
  • Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
  • Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
  • Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
  • Memperbanyakkan air susu ibu.
  • Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
  • Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
  • Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
  • Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan.
  • Memelihara keanjalan kulit

Cara-cara penyediaan halba sebagai penawar:

  1. Teh – masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan.
  2. Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air.
  3. Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah.

Saya percaya selepas ini ramai yang ‘buka mata’ setelah mengetahui khasiat herba ini. Bagi saya inilah penawar yang paling ampuh dan memberikan kesan serta merta kepada pemakannya. Tak percaya? Cubalah!

Sumber: Wikipedia, Halaqah.net, Blog
Foto: indiamarks.com

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 + eight =