Jika Mahu Halau Nyamuk Aedes, Tanam 8 Jenis Pokok Ini Di Halaman Rumah Anda

Tanam 8 Jenis Pokok Ini Jika Mahu Halau Nyamuk Aedes | Di negara kita terdapat beberapa pokok yang dapat membantu menghalau nyamuk daripada mendekati rumah kita. Kalau anda ke Cameron Highland ada beberapa jenis pokok yang dikatakan boleh menghalau nyamuk. Baunya hampir sama dengan bau serai wangi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia dalam akhbar Harian Metro 14 oktober 2016, mereka menyarankan 8 jenis pokok ditanam bagi membantu menghalau nyamuk di rumah. Ianya boleh dijadikan tanaman hiasan dan ada diantaranya boleh dimakan!

JENIS TANAMAN HALAU NYAMUK AEDES

Tanaman yang disarankan ialah:

Bunga Tahi Ayam

Terdapat pelbagai jenis bunga tahi ayam. Nama saintifiknya ialah Lantana Camara. Namun ramai orang keliru dengan bunga Marigold yang dikatakan sebagai bunga tahi ayam. Kedua dua pokok marigold dan bunga tahi ayam boleh digunakan untuk menghalau nyamuk. Pokok ini berbau busuk sehinggakan tiada perosak yang berminat dengannya. Namun, serangga seperti kelulut mengemari bunga pokok ini kerana mempunyai nektar. Bagi nyamuk, ia satu pokok yang di bencinya.halau nyamuk aedes, bahaya nyamuk aedes, nyamuk denggi, halau nyamuk, pokok halau nyamuk,tanaman halau nyamuk

Namun, ia sebenarnya beracun JIKA dimakan. Jadi jangan makan pula ya. Ia akan menyebabkan ganguan pernafasan, muntah dan anak mata mengembang. Sebab itu kambing tidak pernah makan pokok ini dan boleh menyebabkan kematian kepada kambing. Ia dijadikan tanaman pagar kerana baunya yang busuk untuk menghalau serangga seperti nyamuk, bunga juga cantik untuk hiasan rumah.

Marigold

Orang seringkali keliru pokok marigold dengan bunga tahi ayam. Marigold bunganya seakan akan bunga matahari sikit. Ada pelbagai warna seperti kuning, merah, pink dan beberapa varieti lagi. Baunya busuk sesperti bunga tahi ayam. Sebab itulah ramai yang terkeliru. Gambar seperti dibawah.

Serai Wangi

Rasanya serai wangi cukup dikenali pada kita hari ini kerana terdapat banyak produk repellent serangga dihasilkan daripada pokok ini. Serai wangi tidak dimakan sebaliknya digunakan sebagai penghalau nyamuk disekitar rumah. Ia telah digunakan secara meluas sebagai penghalau seranga secara organik. Baunya menyebabkan serangga seperti nyamuk, semut dan lipas menjauhi kawasan yang mempunyai bauan ini. Ia juga digunakan dalam aromaterapi.

Aloevera/ Lidah Buaya

Pokok lidah buaya mempunyai nilai perubatan yang cukup tinggi. Ia digunakan dalam perubatan dan juga kosmetik sebagai agen menghilangkan parut dan menyejukkan badan. Jika mempunyai luka akibat melecur, aloevera adalah antara pokok yang digunakan untuk menyejukkan kesan luka dan menghilangkan parut.

BACA JUGA: Khasiat Herba Pokok Sarang Semut Merawat Penyakit Berbahaya

Akar Wangi

Pokok ini agak asing di Malaysia. Rupa pokok ini seakan akan pokok serai. Ia digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan dalam membuat minyak wangi. Baunya tidak disukai oleh nyamuk.

Jeremin / Citrosa Mosquito

Bagi mereka yang ke Cameron Highland, pokok ini dijual di kebanyakan nursery di tempat peranginan ini. Baunya seakan lemon yang kuat boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dari rumah anda. Nama lainnya Citrosa of Lady Diana di Indonesia. Tak pasti kenapa dapat nama LADY D tu. Boleh letak dalam rumah. Nyamuk memang tak pergi kat kawasan pokok ni.

Bunga Selasih

Sweet Basil atau selasih merupakan antara herba yang digunakan dalam masakan samada di negara kita mahupun di negara barat. Malah yang tak tahu basil itu dipanggil selasih di negara kita dan rumpun melayu. Kemanggi juga adalah satu pokok adik beradik dengan selasih. Baunya hampir sama cuma daun kemanggi lebih besar. Saya tanam di dalam pasu di tepi rumah saya. Bunganya disukai oleh lebah madu dan lebah kelulut. Ini boleh makan untuk jadikan ulam dan rempah dalam masakan.

Pokok Mambu/Semambu

Pokok semambu atau neem tree merupakan spesis pokok mahogani. Jadi adik beradik dengan pokok tunjuk langit. Dikebanyakan negara ia digunakan sebagai racun serangga dan herba untuk perubatan. Minyak daripada pokok semambu ni juga digunakan sebagai racun serangga organik. Ia tidak membunuh serangga secara terus sebaliknya membunuh kepompong. Dari segi bidang kosmetik, neem oil digunakan dalam perubatan ayuverdic india untuk merawat penyakit kulit dan digunakan ubat untuk jerawat. Terlalu banyak nilai perubatan daripada pokok ini.

Ini adalah antara tanaman yang digalakkan untuk ditanam bagi menghalau nyamuk. Kebanyakan pokok ini kecil dan sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan. Ada diantara pokok ini mempunyai nilai yang cukup tinggi sebagai herba dalam perubatan dan kosmetikk.

Jadi anda boleh cuba tanam pokok-pokok ini untuk menghalau nyamuk yang menjadi punca kepada demam denggi dan virus zika. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

BACA JUGA: Khasiat Pokok Tasbih Yang Tidak Diketahui Umum

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × 4 =