Betul Ke Bintik Atau Garis Putih Pada Kuku Tanda Awal Masalah Kesihatan?

MENGAPA MUNCUL BINTIK ATAU GARIS PUTIH PADA KUKU KITA?

Bintik putih di kuku seringkali disalah faham sebagai seberapa ramai orang yang ‘suka’ terhadap kita. Namun hal itu hanya menjadi sebuah mitos belaka.

Pernahkah anda terfikir mengapa garis atau bintik putih ada pada kuku anda? Orang lain tiada, tetapi pada kuku anda ada garis putih ini. Tidakkah anda berasa pelik dan berbeza dengan orang lain…? Adakah anda terfikir bahawa ianya sejenis penyakit atau pun bukan? dan apakah penyebabnya…?

Bagi mereka yang terdapat garis atau bintik putih pada kukunya pasti pernah berfikir tentang ini walaupun sejenak. Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa muncul garis putih ini pada kuku mereka seperti dalam gambar ini.

Baiklah, bagi menjawab segala persoalan dan membongkar kebuntuan mengenai ‘ mengapa garis atau bintik putih ini muncul pada kuku kita..? ‘ Kami akan kongsikan sedikit info ringkas yang berguna buat mereka yang ingin mengetahui sebab terdapatnya garis putih pada jari kukunya, hasil daripada surf kami ke web site dan blog-blog lain.

Melihat perubahan pada kukunya, adalah salah satu cara bagi mengetahui tahap kesihatan seseorang itu. Bintik putih dikuku atau disebut juga dengan leukonychia, bintik putih ini disebabkan oleh terjadinya trauma yang cukup ringan atau proses kuku yang sedang tumbuh. Pertumbuhan kuku pada umumnya sangat lambat dan disebabkan itu ramai orang tidak menyedari trauma yang dialami tubuh ataupun terjadinya cedera.

Garisan putih pada kuku juga merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail. Secara jelasnya tidak diketahui sebab pembentukkan garisan putih ini. Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan. Ianya tidaklah jenis penyakit yang serius atau berbahaya.

Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein dalam badan mereka.

Bagi mereka yang terdapat garis atau bintik putih pada kukunya perlulah perbanyakkan makan makanan yang sarat mengandungi protein. Dek kerana proteinlah membantu pertumbesaran otot dalam badan kita. Amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen + twenty =