Epal Hijau, Mentega Kacang Untuk Kurus?

Nak kurus, payahnya rasa! Mungkin itu yang dikatakan oleh ramai. Lebih-lebih jika pemakanan berkhasiat seperti epal hijau yang sering disarankan. Aduh, bosannya epal hijau! Sudahlah rasa pun masam.

Sihat tu memang sihat, tapi bagaimana nak pujuk diri supaya makan epal hijau dan juga merah dengan konsisten setiap hari?

Seorang netizen, Wan Haslinda berkongsi tips dengan memberikan resipi epal untuk kurus. Bagaimana agaknya? Jom lihat di bawah:

Bahan – bahan:

  • Epal hijau sebiji
  • Epal merah sebiji
  • Peanut butter kosong
  • Susu low fat

Cara-cara:

  1. Epal hijau/merah hiris seperti dalam gambar.
  2. Kemudian susu dikisar sekali dengan peanut butter.
  3. Sudah siap, curah atas epal yang dihiris itu tadi.
  4. Nak lebih yummy lagi, tabur kismis.
  5. Elok dimakan setiap hari, waktu pagi dan petang.

Selamat mencuba!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment