DIY Masker Oatmeal, Untuk Kulit Lembap & Tegang

Bagi yang tak tau APA ITU MASKER, masker ialah sejenis topeng muka yang digunakan untuk kecantikan. Ada pelbagai jenis masker di pasaran iaitu jenis peel off, jenis clay atau jenis tisu muka.

APA FUNGSI MASKER?
Masker berfungsi utk membuang sel kulit mati di bahagian lapisan atas kulit di samping melembapkan kulit muka. Sekiranya anda mengamalkan pemakaian masker ini secara konsisten, kulit akan menjadi lebih lembut, licin dan gebu. In fact, masker juga berfungsi melambat process kedutan juga menegangkan kulit muka agar anjal.

SIAPA PERLU PAKAI MASKER?
Sesiapa pun bole je pakai mask tak kira lelaki dan perempuan kebiasaannya dipakai oleh mereka yg menitikberatkan kecantikan dan kesihatan kulit agar bersih dan sihat.

BILA NAK PAKAI MASKER?
Biasanya dipakai di waktu malam atau free time la.. biasanya mengambil masa 30-45 minit atau lebih utk kering keseluruhannya.

MACAMMANA NAK PAKAI MASKER?
Tak kiralah apa jenisnya, yang pasti mask ni hanya perlu letak di muka dan biarkan sampai kering.Jika jenis clay, uolls kene cuci ye. yg lain xpyh cuci pun 🙂

CARA SIMPAN MASKER?
Simpan sahaja ditempat kering pada suhu bilik atau bole simpan dlm fridge. Bila nk pakai, amik sahaja pastu terus tepek kat muka. Masa tu dpt rasa kulit sejuk je + mmg relaks sgt.

Ok, berbalik pada fungsi mask tu..

FUNGSI UTAMA MASK:

Pertama nya adalah untuk menegangkan kulit wajah kita. Yela, kalau kite pakai yang jenis cecair tu,die jadi cam kita sapu lumpur kat muka. So, kite tak boleh nak cakap-cakap, nanti kulit muka kite cam kedut-kedut, Kalau duk cakap-cakap, akan ade lah garis-garis yang tak di ingini lepas basuh tu.

Kedua, untuk menutup liang-liang pori, yang mana, kita terdedah dengan peluh, haba, debu, yang buat liang pori2 kita tersumbat. Bila kita pakai masker ni, dia boleh freshkan kite punya kulit wajah.

Ketiga, boleh melembapkan kulit wajah. Yakni, di dalam masker ada bahan yang mana boleh melembap dan melembutkan kulit wajah kita. Try, test, lepas pakai masker, dan sentuh mesti rasa cm flawless la kulit wajah..hehe.. cam kulit baby.

Keempat, rasa cam elastik jer kulit..Cam getah..tegang, pejal cam tu rasa. kalau cubit pipi pon rasa cam nak cubit lagi..hehe..

Kelima, boleh hilangkan stress! bila kita pakai mask kene duk diam-diam, ambik mood..rasa cam relax je, hilang masalah..Tambah-tambah, kita letak timun atas mata.. Sangat best!

Pening-pening nak membuat masker terbaik untuk wajah anda? Hanya gunakan oatmeal pun sudah boleh cantik. Campuran beberapa bahan seperti minyak zaitun, putih telur dan juga oatmeal sangat membantu menegangkan kulit.

Selain mengandungi bahan yang tinggi antioksidan, vitamin dan protein, masker ini turut membantu melembapkan kulit.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu oatmeal
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu minyak zaitun

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk sehingga sebati.
  2. Sapukan pada wajah menggunakan jari atau berus dan biarkan selama 15 minit.
  3. Bilas dengan air suam sehingga bersih.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four + 16 =