Daun Ketumbar Vs Daun Sup : Rupa Sama Tapi ada 5 Perbezaan dan Khasiat Cukup Berbeza

Keliru? Sudah tentu sukar untuk membezakan antara daun ketumbar dan daun sup, tambah pula jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia kulineri.

Jika diletakkan bersebelahan, kelihatan seperti kembar seiras. Namun kedua-duanya mempunyai rasa dan khasiat yang cukup berbeza.

Inilah 5 Perbezaan Daun Ketumbar dan Daun Sup

1. NAMA / LABEL DI PASAR RAYA

Bila tiba di pasar raya ni, kadang-kadang label pada daun tu tak ditulis pun ‘daun sup’ atau ‘daun ketumbar’. Tiba-tiba confused, menggelabah sekejap. Lepas tu, makin peninglah kita nak memikirkan mana satu daun sup, mana satu daun ketumbar kan?

Sebenarnya ada beberapa nama lain bagi kedua-dua daun ini yang biasa digunakan pada labelnya.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”KEMBALI KE ATAS”]

Daun Sup : Juga dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery

Daun Ketumbar : Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro

2. AKAR

Kalau daun sup dan daun ketumbar masih dijual dengan akarnya, mungkin lebih mudah untuk anda membezakan keduanya.

Daun Sup : Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut.

Daun Ketumbar : Daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang. Kalau nak lebih faham, boleh rujuk dan bezakan dalam gambar di bawah ini.

Daun ketumbar. Akarnya lebih besar, seakan-akan akar tunjang.
Daun sup. Akarnya jenis serabut dan kecil, berbeza dengan akar daun ketumbar kan?

3. BATANG & DAUN

Kebanyakan masa kalau akarnya dah dipotong, kita tengok pula pada struktur daun dan batangnya. Ini mungkin agak susah nak bezakan, tapi tetap ada sedikit perbezaan.

Daun Sup : Batangnya lebih panjang dan daunnya lebih lebar tetapi agak jarang-jarang.

Daun Ketumbar : Batangnya agak pendek dan saiz daunnya lebih kecil dan agak rimbun atau rendang pokoknya.

4. BAU

Akhir sekali masa nak confirmkan, cara paling mudah nak kenal mana daun sup dan daun ketumbar adalah pada aromanya.

Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild. Macam bau sup Melayulah lebih kurang.

Daun Ketumbar : Kalau daun ketumbar pula, baunya lebih kuat dan tajam. Malah, baunya yang seakan-akan bau sabun atau bau kumbang mungkin membuatkan sesetengah orang rasa kurang senang. Tapi ramai juga yang merasakan aromanya berbau segar ala sitrus dan inilah yang lebih membuka selera!

5. KEGUNAAN DALAM MASAKAN

Dari segi kegunaan, biasanya daun sup lebih universal dalam masakan Melayu. Daun ketumbar ni tak berapa ramai yang pakai kecuali untuk masak beberapa jenis masakan tertentu, terutamanya tomyam.

Daun Sup : Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.

Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga. Ia mungkin kurnag digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.

Perbezaan Khasiat Daun Ketumbar dan Daun Sup

DAUN KETUMBAR

Daun Ketumbar atau nama saintifiknya, Coriandrum Sativum mempunyai daun yang lebih kecil dan rimbun. Baunya juga lebih menyengat dan pedas jika dibandingkan dengan daun sup. Daun yang dikenali sebagai Pasli Cina ini seringkali digunakan untuk masakan Thailand seperti tomyam. Lebih menarik, sebelum penemuan ubat gigi, daun ketumbar akan dikunyah untuk mengurangkan bau mulut. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar alternatif untuk sakit menstruasi.daun ketumbar, daun sup, khasiat daun ketumbar, khasiat daun sup, beza daun sup dan daun ketumbar

  • Antibodi

Berfungsi sebagai antibodi tubuh yang mampu membunuh bakteria makanan seperti salmonella. Malah kandungan antibodi yang terdapat dalam tumbuhan ini adalah dua kali ganda lebih efektif daripada Gentamisin, sejenis ubat antibiotik.

  • Pencegah kanser

Berkesan sebagai herba yang digunakan untuk mencegah kanser. Sifat antioksidan dan kandungan zatnya mampu menurunkan risiko pada sel-sel yang bersifat karsinogenik (penyebab barah).

  • Penawar Radang Kulit

Kandungan yang terdapat dalam daun ketumbar mampu membantu mengurangkan keradangan kulit serta meningkatan fungsi pemulihan kulit.

  • Mengurangkan tekanan darah tinggi

Daun ini terbukti mampu mengurangkan tekanan darah, serangan jantung dan strok.

BACA JUGA: Khasiat Bunga Telang Elok Untuk Kesuburan Wanita

  • Mengatasi cirit birit

Beberapa komponen yang ditemui dalam daun ketumbar dapat membantu pencernaan dan meningkatkan fungsi hati. Malah ianya turut efektif untuk mengurangkan cirit birit. Selain itu, daun ini dapat digunakan untuk mencegah mual, muntah dan gangguan perut.

  • Menurunkan kadar kolestrol

Zat yang terdapat dalam daun ini sangat efektif dalam menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Malah, ianya turut membantu meningkatkan kadar kolestrol sihat yang berfungsi sebagai pertahanan pencegahan terhadap kardiovaskular yang berbahaya.

  • Mengubati anemia

Kandungan zat besi yang begitu tinggi secara tidak langsung mampu membantu pesakit anemia. Zat besi juga memberi manfaat kepada fungsi organ lain, sebagai penambah tenaga dan meningkatkan kesihatan tulang.

  • Masalah diabetis

Daun ini mempunyai efek untuk merangsang kelenjar endokrin yang meningkatkan paras insulin dalam darah. Selain bermanfaatn untuk pesakit diabetis, daun ketumbar mampu menyeimbangkan fungsi metabolism tubuh.

daun ketumbar, daun sup, khasiat daun ketumbar, khasiat daun sup, beza daun sup dan daun ketumbar

DAUN SUP

Daun sup pula mempunyai daun yang lebih jarang dan bentuk daunnya lebih besar. Daun ini kerap digunakan sebagai perangsang selera dan kerap digunakan sebagai bahan akhir setiap masakan. Selain itu, ia juga mempunyai kadar protein yang tinggi. Selain menjadi bahan utama dalam masakan, akar daun dan biji benihnya banyak digunakan dalam kaedah rawatan merawat dan mencegah penyakit. Lebih menarik, minyak yang diekstrak daripada daun sup boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan ramuan minyak wangi.

  • Sistem imunisasi

100 gram daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin C yang terkandung di dalamnya menguatkan sistem imun dan dalam masa yang sama menjadikan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam ulaman.

  • Penawar buah pinggang

Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung. Kisar akar daun sup dan amalkan setiap hari.

  • Merawat kencing manis

Daun sup mempunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah, ianya merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.

  • Sistem perkumuhan

Biji benih daun sup diamalkan untuk meningkatkan pengeluaran air kencing yang membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah, ianya digunakan sebagai peransang untuk membuang air besar.

  • Menurunkan kadar kolestrol

Individu yang mempunyai kolestrol tinggi perlu menambah daun sup dalam diet harian kerana daun ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolestrol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.

  • Mencuci buah pinggang

Diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang. Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil.

  • Penawar ubat batuk

Rebuskan daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah.

  • Mengubati mata kering

Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus, kemudian campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minum tiga kali sehari.

BACA JUGA: Resepi Jus Pegaga Untuk Ketegangan Kulit

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fourteen − seven =