Cuba 3 Ramuan Lemon Ini Bagi Menghancurkan Batu Karang

Secara asasnya batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dalam badan dan akhirnya ‘membentuk’ batu. Pemendapan pelbagai zat kimia di dalam air kencing pada keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya batu-batu kecil dikenali sebagai kristal. Bahan-bahan lain kemudiannya akan mula terkumpul atau bertompok di atasnya yang lama-kelamaan akan membesar kepada apa yang dikenali sebagai batu karang.

Kelompok usia yang sering mengalami masalah ini adalah antara 20 hingga 40 tahun. Ada juga yang berlaku pada usia di bawah 20 dan melebihi 40 tahun. Walau bagaimanapun kes sebegini adalah jarang. Sakit yang dirasa apabila batu karang bergerak dalam saluan kencing dikatakan antara sakit yang sangat sakit. Secara logiknya, tentulah sakit kerana batu karang berbentuk kristal dan tajam. Jika melalui saluran yang sempit, tentu akan mengakibatkan kesakitan.

Umum tahu lemon mengandungi banyak khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan. Malah, ia juga merupakan salah satu bahan detoks yang mengagumkan.

Selain itu, portal Boldsky melaporkan kandungan berkhasiat dalam lemon mampu menyingkirkan batu karang! Jom tengok ramuan semula jadi yang dibuat daripada lemon ini bagi merawat penyakit berkenaan!

1. Air perahan lemon

Kandungan asid sitrik dalam lemon membantu mencegah pembentukan batu karang dengan meningkatkan tahap keasidan air kencing.

Ambil 2 sudu besar hingga setengah cawan perahan lemon setiap hari atau anda boleh mencampurkannya dengan air suam serta madu.

2. Air perahan lemon dan cuka epal.

Cuka epal kaya dengan kandungan asid asetik yang sangat berkesan dalam merawat penyakit batu karang jika dicampurkan dengan jus lemon.

Campurkan (setengah biji) air perahan lemon dan satu sudu besar cuka epal dengan segelas air. Minum ramuan ini setiap 2-3 jam sekali setiap hari bagi menghilangkan rasa sakit, sekali gus mempercepatkan proses pemulihan.

3. Air perahan lemon dan minyak zaitun

Asid asetik dalam lemon mampu melarutkan batu karang, sementara minyak zaitun mencipta lapisan dinding pada bahagian dalam ginjal bagi mengurangkan rasa sakit ketika proses peluruhan berlaku.

Minum campuran perahan lemon dan minyak zaitun selama tiga hari berturut-turut bagi proses pelarutan ini berjalan lancar. Biasanya lelaki yang akan menghidap penyakit batu karang ini, tapi jangan sangka wanita terkecuali dari terkena penyakit ini ya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment