Cendawan Tidak Lembik & Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Ini Petuanya

Cendawan memang sejenis sayuran yang cukup sensitif dan mudah lembik. Sifatnya yang sebegini buat ia sukar di simpan lebih lama di dalam peti sejuk.

Apabila tersimpan begitu lama, cendawan akan mula menjadi lembik dan berbau tidak enak. Selain rasanya yang kurang enak, kesegarannya juga akan turut terjejas.

Disebabkan itulah ramai daripada kita yang suka membeli cendawan dan terus dimasak sahaja tanpa menyimpannya lebih lama. Namun adakalanya disebabkan kesibukan bekerja dan tiada waktu untuk memasak, kita terpaksa menyimpannya buat seketika.

Ada caranya untuk memastikan cendawan boleh disimpan lebih lama berbanding tempoh sebelum ini. Bagaimana? Cuba langkah ini.cendawan segar, cendawan tak lembik, cendawan kekal segar, cara simpan cendawan, petua simpan cendawan, tip simpan cendawan

BAHAN-BAHAN:

  • Cendawan segar
  • Kertas surat khabar

CARA-CARA:

  1. Keluarkan cendawan dari plastik dan elakkan dari terkena air.
  2. Tanpa dibasuh terlebih dahulu, bungkus cendawan menggunakan kertas surat khabar dengan kemas.
  3. Simpan dalam peti sejuk.
  4. Bila hendak masak, keluarkan dan basuh seperti biasa.

Selepas dikeluarkan daripada plastiknya, elakkan sama sekali cendawan daripada terkena air. Jangan sekali-kali basuh cendawan terlebih dahulu dan simpan. Air akan membuatkan cendawan bernafas dan inilah yang membuatkan ia menjadi lembik, busuk dan tidak tahan lama.

Disebabkan inilah kita harus mengeluarkannya daripada plastik. Langkah ini mampu membuatkan cendawan disimpan sehingga seminggu atau lebih.

Selamat mencuba.

BACA JUGA: CARA PANTAS HILANGKAN BAU BUSUK PETI AIS TANPA GUNA BAHAN KIMIA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment