Cara Untuk Buat Sendiri Mee Kicap & Wantan

Pada mereka yang suka merasai dan mencuba makanan baru yang dimasak sendiri, sudah pasti banayk membelek-belek serta mencari resepi baru yang ingin dicuba. Mungkin inginkan kelainan dalam masakan, jadi adakalanya ingin menghidangkan masakan bukan Melayu, seperti hidangan dari kaum lain.

Negara kita sememangnya popular dengan kepelbagaian budaya dan makanan, jadi tiada salahnya jika buatkan satu hidangan yang menggambarkan budaya lain, seperti masakan kaum Cina ini, yang popular dengan mee kicap bersama dengan wantan ini. Hari ni kami nak kongsikan resepi dari Adam Corrie cara nak masak mee kicap dan wantan. Masakan ini nampak mudah dan sesuai untuk orang bujang jangan nak makan meggie je ya!

Resepi Mee Kicap & Wantan:
Jemput makan sambil tengok bola. Siap dah dinner saya malam ni..
Buat mee wantan kicap. Dulu masa remaja saya jual mee kicap untuk menampung hidup.

a. Mee Wantan

  • mee wantan (dicelur)
  • minyak bijan
  • kicap pekat
  • kicap cair
  • sos tiram

* Campur semua minyak dan kicap tu dalam pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tabur bawang goreng kalau suka.
* Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee
* Letak sikit inti di tengah kulit wantan. Gunakan sedikit air sebagai gam.


Dah siap boleh simpan . Frozen kan. Boleh goreng, kukus atau masukan dalam sup terus.

b. Isi Wantan

  • Udang (dicelur) / ayam ( di cincang halus)
  • Daun bawang di potong halus
  • Karot di potong halus
  • lada sulah
  • Sos tiram
    * gaul semua ..

c. Kulit Wantan

  • tepung serbaguna
  • sedikit tepung jagung (untuk menabur)
  • air – boleh tambah jika perlu
  • Telur garam
    * Payah sangat .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3

d. Sup

  • Air
  • Lada sulah
  • Kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja.

P/s : saya tak ada restoren ye. Terima kasih

Ini wantan yang dah siap. Saya suka makan bersama sup… masukkan je dalam sup hingga masak

Sumber: Adam Corrie

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment