4 Cara Sendawakan Bayi Selepas Diberi Susu, Mudah Je Suamipun Boleh Buat

4 Cara Sendawakan Bayi Selepas Diberi Susu, Mudah Je Suamipun Boleh Buat | Ibu bapa yang muda tahu tak cara sendawakan bayi? Kalau tengok, mesti ramai ibu bapa yang akan menepuk-nepuk belakang bayi sesudah menyusu, tidak lama selepas itu bayi akan mula untuk sendawa.

Dah Sendawakan Bayi Dah Sayang?

Ni la soalan yang selalu isteri saya tanya kalau saya baru habis bagi anak saya minum susu. Lelaki macam saya ni kadangkala tu tak sensitif sangat bab sendawakan bayi ni.

Padahal bahaya sangat kalau tak sendawakan bayi dulu sebelum tidurkan dia. Bayi kita boleh tersedak dan termuntah masa tidur tau.

Banyak je kes bayi masuk kecemasan sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Rupanya antara penyebab jangkitan kuman pada paru-paru ( aspiration pneumonia ) pada bayi adalah tersedak susu.

sendawakan bayi

American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan bayi setiap kali lepas menyusu walaupun bayi tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut bayi kita tu.

Antara tanda bayi kita minta disendawakan adalah bila bayi tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita.

Bila anda perlu sendawakan bayi anda

Jika anda menyusu badan, sendawakan bayi anda semasa anda mengalih payudara ketika menyusu, dan juga pada akhir penyusuan. Jika anda berikan formula kepada bayi anda, berhenti separuh jalan untuk menyendawakan bayi anda dan sekali lagi pada akhir penyusuan.

Jika bayi anda kelihatan tidak selesa ketika menyusu atau berhenti menyusu dan meragam, mereka mungkin perlu disendawakan dengan lebih kerap.

Jika selepas beberapa minggu, bayi anda tidak mengeluarkan balik susu dan menangis jika anda mengganggu penyusuan mereka, maka tidak apa-apa jika anda menyendawakan mereka di akhir penyusuan sahaja. Menangis hanya akan membuat mereka menelan angin dengan lebih sahaja.

Anda hanya perlu untuk menyendawakan bayi anda sehingga mereka berusia 2-3 bulan. Apabila bayi anda banyak menghabiskan masa mereka pada posisi yang tegak, mereka mampu untuk sendawa dengan sendiri.

Jangan pulak bayi menangis lepas menyusu kita ingat bayi nak tidur pula ye. Sendawakan dulu baru bagi bayi tidur tau. Jangan sampai kelalaian kita membunuh bayi kita sendiri.

Secara umumnya, penyusuan bayi mengikut permintaannya apabila dia kelaparan. Bayi mungkin menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising. Bayi baru lahir memerlukan tempoh dua jam sekali untuk menyusu.

Jika dia menyusu badan, bayi memerlukan 10 hingga 15 minit setiap kali penyusuan. Jika susu formula, bayi menyusu lebih kurang 60 hingga 90 mililiter setiap kali penyusuan. Sebahagian bayi yang baru lahir akan bangun daripada tidurnya setiap beberapa jam untuk menyusu.

Jika lampin bayi kerap basah (lebih kurang enam kali sehari), tidur yang nyenyak dan berat badan bertambah, keadaan ini menunjukkan dia dalam keadaan kenyang. Bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang boleh membuatkan dia tidak selesa.

Ibu boleh mengatasi keadaan tersebut dengan menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan. Terdapat beberapa cara untuk sendawakan bayi:

1. Pegang bayi dan sandarkan kepalanya pada bahu anda. Sokong kepala dan bahagian belakang ketika anda mengusap lembut belakangnya.

2. Dudukkan bayi di riba anda. Pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan anda dan secara lembut usap bahagian belakang badannya.

3. Meniarapkan bayi anda ke bawah. Sambil itu pegang kepala bayi dengan lengan anda. Usap lembut belakangnya.

4. Jika bayi tidak sendawa selepas beberapa minit minum susu, sendawakan bayi dengan pelbagai posisi sehingga 10 ke 15 minit.

Bayi muntah selepas menyusu atau ketika mereka sendawa adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan oleh para ibu. Tapi, jika bayi anda selalu sakit atau muntah dalam kuantiti yang banyak, anda perlu ambil perhatian!

p/s : Saya Taufiq Razif berharap sangat info dan artikel ni disebarkan pada kaum lelaki macam saya ni. Saya tahu banyak suami yang tak tahu ilmu ni. Lebih-lebih lagi yang baru berumahtangga.

Kredit : Taufiq Razif

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × four =