Cara Mudah Hilangkan Bau Najis Kucing

TANGGUNGJAWAB PENJAGA KUCING

Kucing harus diberi mkn dgn teratur. Jd tuan kucing harus tahu bila dan berapa jumlah mknan yg perlu diberikan kepada kucing. Bila kucing dibela dari kecil, corak pemakanan yg berbeza juga perlu diperhatikan. Selain makanan, byk lg perkara lain yg perlu diambil perhatian spt imunisasi kucing, jadual mkn ubat, temu janji doktor, mandi kucing, menyikat bulu, melatih kucing utk membuang di tempat yg disediakan dan sbgnya.

Pemilik kucing harus bertanggungjawab dgn tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda alahan dgn kucing atau kurang selesa dgn bau2 najis kucing yg mengganggu ketenteraman awam.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud:

Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!
Demi Allah, tidak beriman!

Apabila ditanya siapakah yg Baginda SAW maksudkan. Baginda menjawab seseorg yg jirannya berasa tidak aman dan tenang disebabkn perangai jahatnya.(HR Al-Bukhari & HR Muslim)

Tips:
Gunakan arang utk menghilangkn bau najis kucing. Caranya ialah letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yg sgt luar biasa iaitu dpt menyerap pelbg jenis kuman dan juga bakteria yg menyebabkn bau busuk di udara.

Simpan sebotol minyak kelapa dara sbg persediaan merawat kucing anda yg sakit. Minyak kelapa dara mempunyai byk fungsi spt melancarkn sistem pencernaan dan juga mampu bertindak sbg antibakteria kpd kucing.

Minyak kelapa dara juga mampu untuk meningkatkan selera mkn dan antibodi kucing. Anda blh campurkn minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dlm mulut kucing.

Penulis asal norliza hani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment