Cara Mudah Bersihkan Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama, Jangan Sampai Berkeladak!

Inilah Cara Mudah Bersihkan Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama | Salah satu barang yang penting dan sangat membantu pekerjaan rumah adalah mesin basuh. Sangat berguna untuk membantu meringankan pekerjaan mencuci pakaian dengan lebih mudah dan cepat, jadi anda kenalah ambil tahu macam mana nak jaga mesin basuh agar boleh tahan lama.

Fungsi mesin basuh adalah mencuci pakaian agar bebas dari kuman. Tapi adakah anda tahu bahawa dalam mesin basuh pun terdapat kuman? Jangan panik. Kerana sama seperti pakaian yang harus dicuci setiap hari, mesin basuh pun harus dibersihkan secara berkala untuk menghilangkan bau dan menghilangkan kuman.

Ramai yang menggunakan mesin basuh tanpa membersihkan mesin basuh untuk sepanjang hayat mesin basuh ini kerana tidak mengambil tahu mengenai pembersihan terhadap mesin basuh.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Mesin basuh perlu dijaga kebersihannya agar ia boleh tahan lama dan berkhidmat sebaiknya kepada pemilik.

Berikut adalah tip untuk bersihkan mesin basuh:

Luaran Mesin Basuh:
Supaya luaran mesin basuh anda tetap berkilat, lap dengan cuka atau pembersih serbaguna. Gunakan nisbah 1:1 dengan air biasa jika menggunakan cuka pekat. Nak mudah pastikan beli cuka yang telah dicairkan sesuai untuk pelbagai kegunaan.

Drum:
Untuk bersihkan mesin basuh anda wajib cuci bahagian drum, tuang dua gelas cuka atau perahan air lemon ke dalam drum cuci dan hidupkan mesin basuh pada temperature panas sehingga bau, sisa kotoran, dan bekas detergen akan hilang. Nak mudah lagi boleh beli pencuci drum mesin basuh macam dibawah ni.

Inilah Cara Mudah Bersihkan Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama

Yang Sukakan Cabaran! Kami nak share langkah-langkah cuci drum mesin basuh dengan anda semua. Cubalah.

1. Cabut penapis di dalam tangki dan cuci sebersih mungkin, kemudian pasang semula.

2. Paras air anda hendaklah pada tahap maksima dan pilih mod ‘TUB CLEANING’. Jika tiada mod ini, anda boleh pilih mod ‘SOAK’ atau yang penting, pastikan anda pilih cycle ‘WASH’ sahaja.

Inilah Cara Mudah Bersihkan Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama

Jangan letak apa-apa pakaian di dalam mesin basuh semasa proses mencuci mesin dijalankan.

3. Masukkan bahan pencuci bersesuaian apabila paras air sudah 1/3 penuh. Pastikan bahan pencuci mengandungi:

Inilah Cara Mudah Bersihkan Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama

  • 300 gm Sodium Percarbonate atau Sodium Carbonate atau;
  • 300 gm Sodium Borate (Borax) atau;
  • 300 gm Jenama Calgon, Cosway atau Oxy atau;
  • 140 gm Soda dicampur dengan 750 ml cuka putih yang telah dicampur di dalam bekas lain terlebih dahulu atau;
  • Campurkan pencuci jenama Zip Active Formula dengan 300 gm Bicarbonate sebelum dimasukkan ke dalam mesin atau;

4. Jika malas atau ketiadaan bahan di atas, anda tidak perlu letak apa-apa bahan. Cumanya, kurang berkesan lah.

4. Jika anda memilih mod TUB CLEANING atau SOAK, proses mencuci mesin selesai selepas program cucian telah siap. Manakala, jika anda hanya memilih WASH sahaja selama 3 minit, anda perlu biarkan mesin terendam selama sejam.

Selepas sejam, pilih mod

1. WASH 8 minit
2. RINSE 2 kali
3. Spin 1 minit

Inilah Cara Mudah Bersihkan Mesin Basuh Agar Tahan Lebih Lama

Pastikan tiada keladak yang tinggal di dasar tangki. Jika masih ada, cuci penapis dan ulang semula langkah membasuh, bilas dan keringkan sehingga tiada kesan keladak yang tertinggal. SIAP!

Penutup Mesin Basuh:
Gosok penutup mesin basuh dengan cuka untuk menghilangkan kulat dan sisa detergen yang tumpah dan melekat.

Getah Pada Penutup:
Bila mesin basuh anda jenis front-loader, buka getahnya, dan periksa adakah terdapat kulat. Gunakan cuka untuk membersihkannya.

Laci Detergen:
Ini adalah bahagian mesin basuh tempat berkumpulnya kuman-kuman akibat tumpahan sisa detergen. Jika boleh, keluarkan laci dan bersihkan. Jika tidak boleh dikeluarkan boleh bersihkan dengan berus gigi.

Agar mesin basuh sentiasa terjaga, anda pun harus bijak memilih jenis detergen. Buih tambahan dan pelembut kain yang terkandung dalam detergen menyebabkan sisa-sisa bahan detergen tertinggal di dalam mesin basuh selepas selesai proses cucian.

Selain itu, apabila selesai menggunakan mesin basuh, biarkan mesin basuh sedikit terbuka agar udara di dalamnya dapat berputar untuk menghindarkan bau busuk. Jangan lupa untuk selalu bersihkan mesin basuh secara berkala paling tidak sebulan sekali bagi memastikan ianya boleh digunakan secara efektif lebih lama.

Kredit: Cara Mudah Cuci Drum Mesin Basuh

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

13 − 3 =