CARA MUDAH BUAT MAKANAN SEDAP TANPA MSG

Memasak tanpa menggunakan MSG (Monosodium Glutamate) biasanya akan terasa hambar dan kurang sedap, tetapi gunakan terlalu banyak MSG pula tentunya tidak baik untuk kesihatan, terutama pada kanak-kanak. Sebaiknya penggunaan serbuk perasa dapat di hindari. Untuk masakan menjadi sedap tanpa tambahan MSG, berikut ini bahan yang ada di dapur kita yang boleh di proses untuk menggantikan serbuk perasa dan tetap menjadikan masakan anda sedap.

1. Garam Dan Gula pasir
Gula dan garam yang di padukan secara seimbang akan memberikan rasa yang sedap untuk masakan.

2. Pati Ayam dan pati daging buatan sendiri.
Untuk membuat pati ayam dan pati daging sebenarnya mudah sahaja. Anda dapat merebusnya ketika sedang masak di dapur. Selain rasanya yang lazat, pati ayam dan daging juga sangat sesuai di jadikan menu makan si kecil. Pati di hasilkan dari tulang yang di rebus bersama daun bawang dan bawang putih. Anda boleh menyimpan air pati rebusan ini di dalam peti sejuk, dan memanaskannya kembali ketika akan di masak.

3.Udang Kering, Udang atau Belacan
Penggunaan bahan bahan di atas, tentunya sesuai di jadikan sebagai pengganti serbuk perasa dengan cara mengisar udang kering hingga halus dan masukkan kedalam masakan. Kandungan udang di dalam belacan juga menyebabkan masakan menjadi lebih enak, manakala boleh juga rebus udang segar dan gunakan air rebusan (pati) untuk menyedapkan lagi masakan.

4.Bawang Putih
Bawang putih yang bercitarasa sedikit tajam, juga dapat di jadikan sebagai pengganti serbuk perasa, dengan cara mengetuk bawang putih, lalu di goreng hingga masak dan di jadikan sebagai penambah rasa pada masakan anda, di jamin rasa kuah atau masakan anda akan sama seperti bila anda menggunakan serbuk perasa.

Di harap 4 tips mengolah bahan semulajadi pengganti serbuk perasa ini membantu anda menyediakan hidangan yang sihat untuk keluarga.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment