Nak Tahu Sama Ada Rumah Dihuni Makhluk Halus Atau Tak? Ini Cara Mengesan Dan Merawatnya!

Nak Tahu Sama Ada Rumah Dihuni Makhluk Halus Atau Tak? Ini Cara Mengesan Dan Merawatnya! | Apabila anda memasuki rumah yang baru siap dibina atau menyewa rumah yang sudah lama tiada penyewa perlu lah anda mengambil tahu sejarah tapak rumah dan rumah tersebut.

Ini adalah penting bagi memastikan keselamatan keluarga anda bukan sahaja dari gangguan manusia malahan gangguan mistik yang mungkin anda tidak sedari.

Ada yang menolak bulat-bulat jika kita usulkan soal rumah dihuni makhluk halus ini walhal kita perlu percaya memang wujudnya makhluk Allah yang lain selain dari kita.

Jika ianya tidak mengganggu kehidupan kita seharian tiada masalah namun jika ianya meracuni fikiran kita dan menakutkan kita adalah perlu di ambil berat bagi mengelakkan gangguan jiwa pada keluarga kita.

Mungkin ada makhluk halus yang sedang menghuni rumah anda. Berikut kami kongsikan cara mengesan dan rawatan rumah yang dihuni makhluk halus.

Info cara mengesan dan merawat rumah dihuni makhluk halus ini Dipetik menerusi Facebook Ustaz Sharhan Shafie. Semoga bermanfaat.

BACA JUGA :: Inilah 6 Tempat Tinggal Jin Yang Diberitahu Oleh Nabi SAW Didalam Hadis. 2 Antara 6 Ialah Di Rumah Kita

Tanda-tanda Rumah Dihuni Makhluk Halus:

  • Sentiasa kedengaran seperti bunyi guli bertaburan.
  • Nampak kelibat lintasan di tempat kediaman.
  • Sering kotor berdebu tanpa sebab. Kadang-kadang ada bau yang tidak menyenangkan
  • Sering ditindih ketika tidur.
  • Panas atau sentiasa rimas kalau berada di rumah.
  • Anak kecil kita sentiasa menangis di dalam rumah.
  • Hilang barang atau duit.
  • Bunyi-bunyi yang aneh seperti memanggil nama atau tangisan

Rumah Dihuni Makhluk HalusBagaimana merawat Rumah Dihuni Makhluk Halus?

  1. Jangan biarkan rumah seperti kubur. Maknanya sepi dan gelap. Dengarkanlah atau baca ayat-ayat suci Al-Quran sentiasan dan amalan berzikir di rumah.
  2. Sentiasa terkena cahaya di ruang bilik dan ruang tamu. Jangan biarkan cahaya matahari tidak memasuki rumah di siang hari.
  3. Amalkan sembahyang berjemaah.
  4. Jaga kebersihan rumah lebih-lebih lagi di ruang bilik dan tandas.
  5. Jangan lupa sekurang-kurangnya baca ayat Qursi, 3 Qul dan surat At Tariq ayat 4. Apabila balik ke rumah, sentiasa memberikan salam lebih-lebih lagi jika balik lewat malam atau balik dalam keadaan kotor atau letih. Sebaik-baiknya mandi terus selepas balik, jangan terus tidur.
  6. Amalkan makan berkeluarga dan membaca doa sebelum makan.
  7. Perbanyakan bacaan 3 Qul.

Cara rawatan atau menghindarkan gangguan makhluk halus ini di dalam rumah, bacakan ayat-ayat ruqyah dan dengarkan azan sentiasa di rumah. InshaAllah.

BACA JUGA :: Bila Nak Beli Rumah, Pilih Ruang Dalaman Yang Ada 7 Ciri Ini!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 − eleven =