Cara Buat Jeruk Halia Mudahkan Buang Angin Dalam Badan

Seperti bawang putih, halia juga mempunyai banyak kelebihan. Selain digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan, halia juga baik untuk kesihatan kita.

Nama botani untuk halia adalah Zingiber Officinale Roscoe. Halia dikatakan mengandungi banyak sumber vitamin seperti Vitamin A, B dan C, karbohidrat, kalsium dan juga protein.

Kebiasaannya halia digunakan untuk merawat masalah angin dalam badan. Sesiapa yang rasa badan ada banyak angin terutamanya wanita lepas bersalin, eloklah minum air rebusan halia. Rebus sendiri air halia tu rasanya lebih sedap dan lebih mujarab berbanding air halia jenis instant yang dijual kat kedai.

Kali ni kami nak kongsikan cara untuk buat halia jeruk yang lebih mudah disediakan dan tahan lebih lama, tak perlu lah setiap kali nak dapatkan khasiat halia baru nak buat.  Nak buat jeruk halia ni kena guna halia muda baru sedap sebab ia tak bersabut dan kurang rasa pedas.cara buat jeruk halia, khasiat jeruk halia, jeruk halia muda, khasiat halia muda, resepi halia muda, resipi jeruk halia muda

Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g halia muda
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cerek air panas
  • 1 cawan (200ml) cuka
  • 70g gula ( kalau tak mahu gunakan gula boleh gantikan dengan 1 biji buah apple atau pear)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sampai gula hancur.
  2. Didihkan 1 cerek air.
  3. Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
  4. Letakkan halia ke dalam penyejat. Curahkan air panas ke atasnya.
  5. Semasa masih panas tu masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
  6. Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.
  7. cara buat jeruk halia, khasiat jeruk halia, jeruk halia muda, khasiat halia muda, resepi halia muda, resipi jeruk halia muda

Apakah Khasiat Halia Dari Segi Kesihatan?

1. Halia dan sistem immunisasi.
Halia adalah antioksida. Berkesan saperti antibiotik bila dimakan atau disapukan. Bahan-bahan gingerol dan shogaol dalam halia dikatakan boleh bertindak membasmi, menyekat pertumbuhan dan penyebaran sel-sel kanser prostat, usus, payudara, dan ovari.

2. Halia membaiki penghadaman dan penyerapan makanan.
Bantu rawat penyakit usus digelar ‘irritable bowel syndrome’. Gunakan halia dalam sajian makanan setiap hari atau minum teh halia atau makan pil halia.

BACA JUGA: 3 Bahan Masak Ini Singkir Angin Berlebihan dan Bisa Urat Saraf

3. Halia merangsang sistem aliran darah.

  • Mengurangkan kolesterol.
  • Kurangkan kepekatan darah . Seterusnya cegah serangan jantung.
  • Membersih darah dan cegah bekuan darah.
  • Cegah angin akhmar.
  • Mencegah penyakit tua dan nyanyuk / alzheimer dengan amalan makan halia.

4. Bantu kurangkan berat badan.

  • Halia boleh memulihkan selera makan kepada makanan yang berkhasiat dan berzat. Ia boleh mengurangkan lemak pada badan kita.
  • Halia membantu stabilkan imbangan gula dalam darah.
  • Air halia mempercepatkan pemulihan otot-otot yang keletihan selepas bersenam.

5. Mengurangkan rasa loya dan muntah
Khususnya ketika hamil diperingkat awal, lepas bedah, ketika dalam perjalan jauh naik pesawat, bas, kereta atau kereta api. Begitu juga penghidap masalah ‘motion sickness’ . Amalkan minum teh halia.

6. Mengurangkan kesakitan sendi bagi pesakit2 arthritis.
Halia mengawal inflamasi/ radangan yang berlaku berterusan pada pengidap arthritis dan gout.

7. Mengurangkan gejala selsema, kahak dan lendir pada hidung dan saluran pernafasan serta sinus. Teh halia juga mengurang bau mulut.

8. Kurangkan ‘angin’ dalam badan, perut dan usus. Halia juga melancarkan aliran darah.

9. Mempercepat pemulihan/ healing lepas bedah atas sifatnya yang anti inflamatory. Memang jadi amalan orang2 timur khususnya kaum cina untuk memasak lauk ikan, ayam atau daging secara steaming atau rebus dengan gunakan banyak halia dan bawang untuk mereka lepas bersalin atau lepas pembedahan.

10. Ada yang mengatakan minum teh halia atau makan halia dalam sajian makanan harian boleh meningkatkan daya seksual.

BACA JUGA: Resepi Sambal Halia Buang Angin Dalam Badan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment