Cara Buat Booster Tanaman Menggunakan Roti

Booster tanaman kebiasaannya hadir dalam bentuk cecair. Kalau ada dalam bentuk serbuk pun anda perlu jadikan ia sebagai cecair untuk memudahkan tanaman menyerap. Kenapa perlu booster tanaman? Nak pokok atau tanaman anda hasilnya besar dan gemok, anda perlukan booster selain menggunakan baja. Ia ibarat makanan tambahan pada tanaman anda. Mesti teruja kan bila hasil tuaian atau tanaman di laman tumbuh sihat merimbun. Ha, ini lah rahsianya, booster tanaman!

Kali ini LAMAN Impiana nak tunjuk cara buat booster tanaman dari roti. Dari alang-alang roti tamat tempoh tu dibuang, boleh jadikan ia sebagai booster cecair buat tanaman kesayangan anda. Kenapa ROTI? Booster roti amat sesuai untuk tanaman berdaun. Roti antara enzim yang efektif dan diperlukan oleh tanaman. Bila kita perap roti, enzim tersebut akan bertambah dan berkembang. Dari sekeping roti pun, anda akan dapat enzim roti yang boleh diguna pakai untuk tempoh yang lama. Jom cuba.

Peralatan:

  • Botol mineral 1.5 Liter
  • Penapis
  • Bekas penyembur

Bahan-bahan:

  • 1 keping roti
  • 200 gram gula perang/gula merah/Mollusa
  • 3 sudu besar susu segar
  • 1.4 Liter air tanpa klorin (lagi elok guna air hujan . mujarab)

Cara-cara:

  1. Carik roti menjadi cebisan kecil dan dimasukkan ke dalam botol mineral 1.5L yang kosong
  2. Masukkan susu segar dan gula perang ke dalam botol yang sama
  3. Masukkan air tanpa klorin yang telah disediakan ke dalam botol (tapi kalau terlalu penuh jangan masukkan semua, tinggalkan sedikit ruang 1-2 inci di bahagian leher botol)
  4. Tutup ketat botol dan goncang sehingga menjadi larutan sebati.
  5. Perap air nya selama seminggu. Tapi perlu diingat, setiap 2 hari buka penutup botol tersebut untuk membuang gas yang terhasil semasa proses penapaian berlaku. Kalau tak, gas tersebut boleh mengakibatkan letupan. Bila dah meletup tu, tahu-tahu saja lah kan bau roti dan susu basi macam mana)
  6. Hari ke tujuh, tapiskan booster roti yang telah siap dan boleh digunakan.
  7. Campurkan satu bahagian booster roti bersama 10 bahagian air dan semburkan pada pangkal pokok. Lakukan semburan setiap 2 minggu sekali dan selangkan dengan baja organik lain.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seventeen − four =