Buat Sendiri Milk Booster Guna 3 Bahan Ini, Selamat dan Berkesan

Bagi ibu muda kali pertama melahirkan anak memang risau kalau susu kurang, mesti ramai yang mencari milk booster kan untuk pastikan bayi menyusu ibu sepenuhnya?

Bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu. Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.

Petikan Ayat 14, Surah Luqman :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Masa kini ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka secara ekslusif. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga di Malaysia pada tahun 2006, peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7 peratus. Walaupun ini merupakan satu kadar yang tinggi, malangnya hanya 14.5 peratus menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama. Ini adalah di antara kadar yang paling rendah di Asia Tenggara.

“Kadar penyusuan secara eksklusif adalah tinggi pada dua bulan pertama, iaitu melangkaui 40 peratus tetapi menurun dengan mendadak selepas bayi berumur dua bulan. Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada bayi tersebut diberi rumusan bayi dan bijirin,” – Sumber Utusan Melayu.

Semua orang tahu yang SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.

Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak. Jadinya, penyusuan susu ibu mempunyai 1001 kebaikan kepada bayi dan ibu.

CARA BUAT MINUMAN MILK BOOSTER DI RUMAH

Setiap ibu mempunyai kuantiti susu badan yang berbeza. Kalau bernasib baik, sampai bayi umur 2 tahun pun susu still meriah.

Kadang-kadang kita sendiri rasa kesian bila tengok ibu-ibu yang ada masalah susu tak berapa nak meriah ni. Nampak jelas perasaan risau dan stress dari muka diorang.

Kalau masalah ini terjadi dekat ibu-ibu yang korang kenal, korang boleh la share resepi minuman milk booster Puan Linn Amalina ni.

Mudah-mudahan, dengan mengamalkan minuman milk bosster ini dapat la membantu diorang memeriahkan kembali air susu demi si kecil yang tersayang.

Bahan-bahan:

  • 2 Sudu Besar Halba
  • 1 Gengam Longan Kering
  • 1 Sudu Besar Gula Pasir
  • 3 Cawan Air

Cara-Cara:

  1. Basuh halba dan longan kering untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan. Selepas basuh, toskan sekejap.
  2. Isi periuk dengan 3 cawan air. Masukkan halba dan longan kering apabila air sudah menggelegak. Kacau seketika.
  3. Masukkan satu sudu besar gula pasir apabila warna air mula berubah. Tutup api, apabila gula telah larut.

Siap pun Milk Booster kita ni. Sebelum minum, tapis dulu halba tu. Kalau longan tu kita boleh masukkan je dalam gelas kita. Sambil minum sambil kunyah longan. Air ni rasa sama macam air laici kang. Minum 2 kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Nak minum dalam panas atau sejuk bergantung pada citarasa masing masing. Sebelum minum, selawat YA MATIN (21 kali) bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.

Waktu penyediaan kurang dari 15 minit.

Para suami kalau nak jimat beli susu anak, sokonglah penyusuan susu ibu ini. Tapi jangan sampai jimat duit kerana tak perlu beli susu formula tapi habis duit sebab milk booster.

Makanan Milk Booster Yang Lain

  • Minum segelar air suam yang dicampur dengan madu.
  • Makan kurma sekurang-kurangnya 7 biji sehari.
  • Makan oat. Campurkan bersama susu segar dan buahan kering
  • Makan sup lobak putih dan lobak merah.
  • Makan banyak sayuran hijau seperti sawi. Apatah lagi sayur sawi merupakan sayur yang popular ketika berpantang.
  • Ambil banyak ulaman ketika makan seperti jantung pisang, pucuk betik, pucuk manis dan daun pegaga.
  • Minum air halba.
  • Susu soya, tempe dan tauhu. Dimasak dan jadikan sebagai lauk.
  • Minum air lobak kering
  • Milk booster yang dijual di pasaran bagi menggalakkan susu ibu dan diyakini penggunaannya.

Nota Tambahan:

Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu yang mengambil minuman milk booster ini mungkin berbeza. Semoga Ibu-ibu dapat manfaat daripada petua membuat minuman milk booster ini.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × one =