Buat Keropok Dengan Lebihan Nasi. Jimat dan Paling Penting Enak Rasanya

Bagi yang biasa makan nasi untuk bersahur, adakalnya tidak habis. Jika anda tidak mahu menyimpannya sehingga waktu berbuka sehingga petang, sebaiknya jangan dibuang. Selain dijadikan apam nasi untuk juadah berbuka, anda juga boleh menghasilkan kerokok daripada lebihan nasi tadi.

 

Nak tahu macam mana caranya? Jom tengok resipi di bawah ini.

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
  • 1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja. Hiris nipis
  • garam secukup rasa
  • Stok ayam/ kiub ayam

Langkah-langkahnya

  1. Kisar nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus.
  2. Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.
  3. Angkat adunan dan bentukkan lonjong(seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.
  4. Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
  5. Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment