Biarkan Anak Menangis, Selagi Tidak Memudaratkan – Pakar

Biarkan mereka menangis

Bayi di bawah usia dua tahun memang akan menangis bila tidak mendapat apa yang dia mahukan. Sebab ini salah satu cara untuk dia berkomunikasi. Tetapi menjadi masalah bila kita secara tidak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia mahukan demi tak nak anak menangis.

Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk. Contohnya apabila membeli mainan, bila kita dah biasa memberi apa yang dia mahukan seawal bawah usia dua tahun. Bila dah berusia 3-5 tahun, semakin susah untuk kita menghalangnya.

Walaupun nampak dalam skop kecil, “alah, murah je mainan”, “alah, takpelah kecil lagi”. Tetapi semakin dia membesar, semakin dia belajar yang “apa yang aku nak, aku mesti dapat”. Bila no means NO, ini kena train seawal usia bayi sebab inilah masa penting untuk develop kepercayaan.

“Frustration tolerance”, sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak, untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar. Kena ajar anak perasaan ‘frust’, tak dapat apa yang dia nak main, tak dapat apa yang dia nak makan, tak dapat apa yang dia nak pakai, tak dapat pergi ke tempat yang dia nak dan sebagainya.biarkan anak menangis, anak menangis, jangan cepat pujuk anak, ajak anak frustrated , Frustration tolerance, ajar anak Frustration tolerance

Ini kerana di dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita nak, kita boleh dapat. Melainkan melalui usaha, tetapi usaha pun tidak menjamin kita akan mendapat apa yang kita mahukan.

Contohnya:

1. Anak jatuh sikit sebab terlanggar meja.

Mula-mula tengok respon dan keadaan. Kalau okay, kita kena biarkan dia dahulu dan terangkan kepada jatuh dan bagaimana nak mengelakkan terjatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut.

2. Anak menangis nak coklat Kinder Joy.

Sebelum pergi ke kedai yang ada menjual coklat jenama ini, kalau memang kita nak belikan, bolehlah minta dia siapkan kerja atau buat sesuatu dahulu baru dapat. Kalau dia mengamuk tantrum, biarkan dia. Bila dah okay dan tenang, barulah kita terangkan kenapa tak boleh (social story).

3. Anak menangis bila kalah main game.

Biarkan dia. Bagi dia rasa ‘frust’ dan belajar sendiri cara mengawalnya.

4. Anak mengamuk nak ikut kita keluar.

Biarkan dia settle ‘luahkan’ perasaan. Selepas itu barulah distract anak dengan benda yang lain.

5. Anak mengamuk tak nak makan sebab nak makan junk food.

Okay, tak payah makan. Nnati selepas masa makan, dia akan belajar yang bila skip makan, nanti lapar.

Kadang-kadang risau bila jumpa ada kanak-kanak berusia enam tahun masih makan bersuap, tak pandai pakai baju sendiri tetapi ABC, 123 pandai. Bukan sebab ‘developmental delay’ tetapi sebab semua A-Z mak yang buatkan. Selepas diberi ceramah 30 minit, sebulan selepas itu tiba-tiba terus pandai makan dan pakai baju sendiri.biarkan anak menangis, anak menangis, jangan cepat pujuk anak, ajak anak frustrated , Frustration tolerance, ajar anak Frustration tolerance

Semakin kita ‘overprotective’, semakin kita membesarkan ‘adult baby’

Tak perlu takut anak menangis, biarkan dia menangis sekejap selagi tidak memudaratkan. Biarkan dia belajar untuk ‘memujuk’ diri sendiri sebab menangis adalah salah satu cara untuk kita meluahkan perasaan.

Anak lelaki atau anak perempuan, biarkan mereka menangis. Biarkan mereka bukan tanda kita tidak sayangkan mereka tetapi sebab kita mahu melatih mereka untuk cope dengan ‘frustration’.

Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata, “lelaki tak boleh menangis”, ini salah. Menangis adalah proses natural yang Allah kurniakan kepada semua manusia untuk meluahkan perasaan, bukan untuk perempuan sahaja. Sebab itu, kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki sebab mereka terlupa cara untuk meluahkan perasaan. Sebab apa? Sebab “lelaki tak boleh menangis”.

Mental kita seperti getah, kalau terlampau tegang, ia akan putus. Tugas kita kena menguatkan ketahanan ‘getah’ itu. Untuk mempersiapkan mereka menghadapi dunia yang mencabar.

Sekian bebelan saya.

Maryam Jamadi
Occupational Therapist

Tambahan:

Info ini untuk bayi yang berusia enam bulan ke atas sahaja. Biasanya masa ini sudah pandai ‘memanipulasi’ mak dan ayah untuk mendapatkan apa yang dia mahukan dengan menarik rambut mak ayah, menghentak kaki, membaling barang dan sebagainya.

Peranan mak dan ayah adalah untuk bertanya dahulu pada anak apa yang dia inginkan sebelum menggunakan teknik “Cry it all” untuk membendung habit yang tidak diingini.

BACA JUGA: Kesan Pada Otak Anak-Anak Jika Kurang Diberi Perhatian Dan Kasih Sayang

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two + nine =