Bayi Pramatang? Ini Salah Satu Dari Puncanya

Keseronokan menyambut orang baru dalam keluarga amatlah mengujakan apatah lagi itu adalah anak pertama, anak yang semenangnya ditunggu kedatangannya. Tetapi, jika kelahirannya adalah sangat cepat daripada yang dijangkakan perasaan gembira dan gemuruh itu akan bertukar menjadi kelam kabut, takut dan berbagai macam lagi perasaan.

Kelahiran Pra-matang berlaku apabila bayi lahir kurang daripada 37 minggu dari perut ibu, sebaliknya kelahiran normal adalah pada 40 minggu.

Kelahiran pra matang ini boleh dikategorikan kepada beberapa tahap iaitu extremely premature, very premature, dan moderate premature di mana semakin muda bayi itu dilahirkan daripada tempoh yang sepatutnya semakin tipis peluang untuk selamat.

Tahap ekstrim kelahiran pra matang adalah yang tahap yang paling tipis berbanding dengan tahap kelahiran pra matang dua kategori yang lain tersebut (very premature and moderate premature). Bayi yang dilahirkan pada tahap ini adalah dalam tempoh umur 24 hingga 28 minggu dalam kandungan. Pada asalnya bayi-bayi ini mempunyai berat 450 hingga 1600 gram dengan ketinggian 25 hingga 33 sm.

Pada tahap ini, organ dalaman bayi seperti paru-paru dan hati belum berfungsi dengan sempurna dan amat memerlukan penjagaan rapi neonatal (NICU). Perawatan ultrasound diperlukan untuk memantau perkembangan organ bayi ini dengan sempurna. Ditambah pada tahap ini kulit bayi ini adalah masih dalam keadaan sangat lembut di mana bayi ini sangat mudah menjadi sejuk dengan sangat cepat sekali.

Penyebab Kelahiran Pra Matang :
Kelahiran Pra matang ini boleh berlaku tanpa amaran atau tanda-tanda dalam kebanyakan kes, penyebabnya adalah tidak diketahui, Bagamanapun, ini adalah antara kemungkinan penyebab yang boleh menyumbang kepada kelahiran pra matang ini.

» Pregnancy Induce Hypertension (PIH) –
PIH ini juga dikenali sebagai toxemia atau preeclampsia yang sering menyerang ibu muda atau pada kelahiran pertama,yang paling berisiko ialah bila mengandung anak kembar.

Apakah tanda-tanda PIH?

  • Bertambahnya tekanan darah
  • Protein dalam air kencing
  • Edema (bengkak)
  • Sakit disekitar perut
  • Pertambahan berat badan
  • Kencing yang sedikit

Kekerapan membuat ujian atau diagnosis juga boleh mengurangkan risiko pada PIH. Antara ujian yang boleh dibuat ialah:

  • Blood pressure measurement
  • Urine testing
  • Assessment of edema
  • Frequent weight measurements
  • Eye examination to check for retinal changes
  • Liver and kidney function tests
  • Blood clotting tests

» Tiada perkembangan bayi – sekiranya bayi tidak mempunyai nutrien yang mencukupi dalam kandungan maka perkembangannya akan terganggu, doktor anda akan menyarankan untuk melahirkan bayi anda dalam kadar yang segera.

» Pembedahan – Ibu mengandung yang mempunyai masalah cervical incompetency atau weakened muscles (mulut rahim terbuka) mempunyai kadar peratusan kelahiran pramatang bayi yang tinggi.

» Jangkitan – jangkitan semasa mengandung contohnya jangkitan air kencing kemungkinan besar mendorong kepada kelahiran pra matang ini.

Antara salah satu punca kelahiran pra-matang adalah ibu yang tidak mendapatkan rehat yang cukup. Dan punca kepada masalah ini berkait rapat dengan gangguan tidur yang dialami ibu hamil. Dalam satu kajian, gangguan tidur pada ibu hamil seperti insomnia dan apnea ketika tidur meningkatkan risiko melahirkan bayi pramatang.

Penemuan ini dapat memberikan amaran awal kepada doktor mengenai kelahiran pramatang. Ia juga dapat memberikan peluang kepada doktor untuk meminimumkan risiko kelahiran awal, jika gangguan tidur dapat diuruskan ketika hamil.

Kajian tersebut dilakukan oleh Universiti California (San Francisco), yang mana memberikan kesedaran kepada ibu hamil yang menghadapi masalah tidur tetapi tidak mengetahui kesan kepada bayi dalam kandungan. Ini merupakan kajian pertama yang mengkaji kesan insomnia terhadap kehamilan.

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan 2,265 wanita hamil yang mempunyai faktor risiko kelahiran pra-matang, termasuklah merokok dan tekanan darah tinggi, serta motif kajian iaitu gangguan tidur.

Kesemua wanita ini diletakkan dalam kumpulan yang sama berdasarkan faktor-faktor tersebut dan setelah kajian dibuat, mereka mendapati bahawa kebarangkalian untuk mengalami kelahiran pramatang (sebelum 37 minggu) bagi ibu yang mengalami masalah tidur adalah sebanyak 14.6% berbanding 10.6% bagi mereka yang tidak.

Dan bagi bagi mereka yang mengalami insomnia dan sleep apnea, risikonya adalah dua kali ganda iaitu 29.2%.
Apa yang mengujakan mengenai kajian ini adalah gangguan tidur adalah faktor risiko yang boleh diubahsuai,” Jennifer Felder, Ketua Kajian.

Menurut Jennifer lagi, terapi kognitif adalah salah satu rawatan berpotensi yang sedang diusahakan oleh mereka untuk cuba dan mengurangkan risiko tersebut dan tidak memerlukan sebarang ubatan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment