Nak Tahu Hamil Bayi Lelaki Atau Perempuan?

Setiap kali hamil, sudah menjadi satu kemestian buat para ibu bapa untuk mengetahui jantina bayi sebelum proses kelahiran.

Sebenarnya, terdapat banyak mitos dalam setiap masyarakat mengenai bagaimana untuk mengetahui samada bayi dalam kandungan si ibu adalah lelaki atau perempuan. Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah dikumpulkan daripada serata dunia.

Kadar degupan jantung
Bayi lelaki – kurang daripada 140 degupan seminit
Bayi perempuan – lebih cepat daripada 140 degupan seminit

Bentuk perut
Bayi lelaki – memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’, perut lebih ‘rendah’
Bayi perempuan – perut kelihatan lebih ‘bulat’, lebih ‘tinggi’

Wajah
Bayi lelaki – sangat berseri-seri ketika hamil.
Bayi perempuan – tidak berseri-seri (konon bayi perempuan telah mengambil seri ibu)

Alahan
Bayi lelaki – tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertamakehamilan.
Bayi perempuan – mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertamakehamilan.

Payudara
Bayi lelaki – kanan lebih besar
Bayi perempuan – kiri lebih besar

Mengidam
Bayi lelaki – mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
Bayi perempuan – mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.

Suhu badan
Bayi lelaki – Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
Bayi perempuan – Suhu badan lebih panas

Cincin perkahwinan
Bayi lelaki – Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
Bayi perempuan – Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.

Tekstur kulit
Bayi lelaki – Kulit menjadi kering
Bayi perempuan – Kulit menjadi lebih lembut

Rambut
Bayi lelaki – menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil
Bayi perempuan – menjadi lebih nipis dan kering.

Posisi tidur
Bayi lelaki -lebih kerap menghadap utara, ke kiri
Bayi perempuan – lebih kerap mengjadap ke selatan, ke kanan

Tanda-tanda lain
Bayi lelaki – Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “baba” atau “dada”.
Bayi perempuan – Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”

Ini hanya sebagai panduan awal bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tanda-tanda bayi anda adalah lelaki ataupun perempuan. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul!

Jika ingin mengetahui lebih tepat tentang jantina bayi yang masih dalam kandungan si ibu, anda disyorkan melakukan ultrasound scan di klinik atau hospital berdekatan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment