Lepas Kupas, Jangan Buang Kulit Bawang Merah. Ada Manfaat Pada Tanaman

Lepas Kupas, Jangan Buang Kulit Bawang Merah. Ada Manfaat Pada Tanaman | Penggunaan bawang merah di dalam masakan seakan menjadi ‘kunci utama’. Tanpa adanya ramuan bawang merah ini, pastinya masakan yang ditumis atau digulai tidak sempurna rasanya.

Biasanya juga selain bawang merah perlu dikisar halus atau dicincang untuk dijadikan ramuan, umumnya kulit bawang akan dikupas terlebih dahulu.

Pun begitu ada satu perkara yang jarang kita buat, iaitu menyimpan kulit bawang tersebut! Biasanya selepas mengupas kulit bawang merah kita akan buang terus tanpa menggunakannya kerana manfaatnya tidak kita ketahui.

BACA JUGA: Hanya Letak Daun Kering, Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik!

Khasiat Kulit Bawang Merah Untuk Tanaman

Tahukah anda, kulit bawang boleh dijadikan sebagai baja pada pokok yang ditanam dihalaman rumah. Nak tahu caranya, ayuh baca perkongsian ilmu manfaat ini oleh Hazimah lmn Ismail lmn di posting fbnya.

Hari ni nak kongsi dengan sahabat manfaat kulit bawang merah yang nipis pada tanaman.”

kulit bawang merah, manfaat kulit barang merah, kulit bawang merah, kulit bawang merah baja pokok

Cara gunanya:

  1. Ambil kulit bawang merah yang nipis.
  2. Rendam dalam air semalaman.
  3. Esok boleh digunakan untuk siram dan spray pada pokok tanaman.

Ataupun

Nak tabur kulit bawang direct pada pokok pun boleh.

kulit bawang merah

3 Manfaatnya:

  1. Pokok akan menjadi lebih subur.
  2. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
  3. Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah dan juga membunuh hama serangga pokok.

Selamat mencuba yer. Mudahan berjaya.

Sumber: Hazimah lmn Ismail lmn Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

BACA JUGA: Baja Organik Dari Kulit Telur & Kulit Pisang

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 − three =