Bahayakah Mengambil Telur Terlalu Banyak Dalam Diet?

Banyak kata-kata dan juga nasihat yang tidak menggalakkan kita mengambil telur dengan banyak dalam waktu seminggu.

Sebenarnya, apakah penjelasan untuk hal ini? Adakah terlalu banyak mengambil telur dalam diet membahayakan kesihatan? Justeru itu, berapa banyakkan porsi sebenarnya yang disyorkan?

Begitu banyak persoalan tentang hanya satu menu makanan ini. Maklumlah, telur diketahui sebagai sumber protein yang baik namun ia juga boleh menyebabkan kolestrol meningkat.

Untuk soalan di atas, ini jawapannya:

“Untuk rata-rata orang, dua biji telur sehari masih baik-baik sahaja,” ujar penulis The Small Change Diet, Keri Gans.

Manakala, Julia Zumpano, Pakar dari Preventive Cardiology Nutrition Program Cleveland Clinic berkata, “tiada rekomendasi khusus mengenai jumlah berapa banyak anda harus mengambil telur dalam diet seminggu.”

Oleh itu, harus diingat sentiasa peka dengan bahan yang digunakan untuk masakan telur tersebut. Sekiranya anda memasak menggunakan minyak yang banyak mahupun dicampur bersama keju, maka kalori akan bertambah lalu mengurangkan manfaat telur itu sendiri.

Sebagai solusinya, jika anda ingin menambah manfaat nutrisi dalam masakan telur, anda boleh menambahkan sayuran seperti bayam atau sawi dalam telur dadar.

Elakkan, menambah hirisan daging, keju mahupun minyak yang banyak dalam penyediaannya.

Kesimpulannya, hidangan telur yang benar-benar sihat adalah bergantung kepada penyediaannya dan juga diet anda.

1. Sekiranya anda sudah mendapat banyak protein dan lemak dari makanan lain, maka elakkan mengambil telur.

2. Namun, jika anda tidak mendapatkan protein dan lemak dari makanan lain, maka boleh sahaja mengambil telur dalam diet anda.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment