Bahaya! Inilah 5 Tabiat Harian Yang Buat Anda Cepat Tua

Tidak kira perempuan atau lelaki apabila ada yang menegur wajah anda kelihatan lebih tua dari umur semestinya ianya sangat menyakitkan hati. Sepanjang hari anda akan sibuk membelek wajah dan mungkin akan lihat kembali foto-foto semasa ada belajar dulu.

Hati kecil anda mesti tertanya apakah kesilapan dari segi pemakanan atau aktiviti sehingga wajah anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

Bagi mereka yang mengalami kenaikan berat badan sehingga obesiti, semestinya bentuk tubuh yang lebih berisi akan membuatkan anda kelihatan lebih tua dari usia. Percaya atau tidak ramai yang akan kelihatan lebih muda apabila mereka mampu menurunkan berat badan ke berat ideal.

Proses penuaan adalah satu proses semulajadi yang tidak dapat kita elakkan. Walaupun begitu, kita masih boleh mengawal beberapa tabiat tertentu yang akan mempercepatkan proses penuaan. Selain daripada memilih untuk mengambil vitamin tambahan anda perlu lihat kembali apakah punca sebenar penuaan berlaku cepat pada wajah dan tubuh badan anda.

Credit: Dimitri Otis

Berikut adalah 5 tabiat yang akan membuatkan proses penuaan menjadi lebih cepat berbanding biasa:

1. Suka Berjaga Malam

Ketika remaja, berjaga malam memang menyeronokkan kerana kita mempunyai banyak masa untuk berseronok. Namun menjelang dewasa, berjaga pada waktu malam akan membuatkan kita kelihatan lebih tua daripada biasa. Apabila berjaga malam, kita akan kekurangan tidur yang cukup. Ini akan menjadikan mata kita kelihatan bengkak dan sembab. Kita akan kelihatan kurang bermaya dan kusam.

2. Suka Berdendam

Setiap hari kita akan berhadapan dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut. Ada kajian yang membuktikan wujudnya hubungan di antara kesihatan badan dengan orang yang pemaaf. Seseorang yang suka berdendam, akan meningkatkan sistem aktiviti saraf yang mengawal kebimbangan dan akan menggalakkan rembesan hormon kortisol.

Kortisol akan membuatkan penambahan berat, kenaikan tekanan darah, meninggikan kadar gula dalam darah dan meningkatkan risiko diabetis.

3. Berhenti Bersenam

Orang ramai selalu mengamalkan senaman dengan meletakkan sasaran tertentu. Apabila sasaran tercapai, kebanyakan mereka akan berhenti bersenam. Banyak penyelidikan sudah membuktikan dengan senaman yang berterusan, akan menurunkan kadar kortisol serta meningkatkan hormon seperti testosterone yang banyak memberi faedah pada individu.

Pihak American College of Sports Medicine menyarankan 30 minit diperuntukkan untuk aktiviti senaman setiap hari.

4. Suka Makanan Dan Minuman Bergula

Gula mempercepatkan kadar penuaan badan kita. Memakan gula berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada kulit, seperti masalah jerawat dan kedut-kedut muka.

Apabila kita makan gula dan gula diproses oleh badan, ini akan menghasilkan molekul baru yang digelarkan AGE yang akan merosakkan fiver-fiver protein yang mengawal tahap keanjalan kulit.

5. Tidur Meniarap Muka Ditutup Bantal

Apabila kita selalu mengenakan tekanan ke atas kulit muka dengan bantal semasa tidur, ini akan menghasilkan trauma pada kulit muka. Apabila ada tekanan pada muka yang terhasil akibat geseran dengan sarung bantal, ini akan menghasilkan kedut akibat kolagen yang pecah.

Keupayaan kulit untuk memulihkan keanjalan wajah juga terhenti kerana peraliran darah tersekat akibat tekanan yang wujud pada wajah. Tidur dengan wajah tidak ditutup membantu mengelakkan masalah ini berterusan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four × 1 =