Dulu Saya Ingat Anak Saya Degil, Rupanya

Ikuti perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang bagaimana cara untuk mengatasi masalah anak yang degil dan tidak dengar cakap. Semoga bermanfaat untuk golongan ibu-bapa semua

Dulu saya ingat anak saya degil, rupanya..

Maryam Soolihah ni kalau dilarang memang tak makan saman. Kadang kadang tu makin dilarang makin dia buat.

Rupanya saya silap!

Bila kita larang ni kebankanak-kanak visual, kanak-kanak auditory, kanak-kanak kinesthetic, anak degil, anak tak dengar cakap, anak suka melihat, anak suka mendengar

yakan kanak-kanak AUDITORY akan dengar cakap sebab mereka mudah faham bila kita guna perkataan.

Tapi Maryam Soolihah ni anak KINESTETIK. Bergegar rumah cakap jangan pun memang susah dia nak dengar sebab dia bukan jenis AUDITORY.

Jadi kalau nak larang dia pegang gelas panas, saya kena bagi dia rasa dulu apa itu PANAS.

Kalau nak larang dia main pokok kaktus yang tajam saya kena bagi dulu dia sentuh hujung duri yang TAJAM.

Ye, anak KINESTETIK ni lebih faham dengan PENGALAMAN berbanding pendengaran. Ya Allah, maafkan Abi anakku. Selama ni Abi ingatkan awak degil. Rupanya teknik parenting Abi yang salah!

p/s : Tu la kenapa saya buka kelas parenting percuma di Telegram saya. Ni je cara saya boleh ajar dan fahamkan ibubapa yang lain juga. Klik sini je untuk join : t.me/NotaTaufiqRazif

kanak-kanak visual, kanak-kanak auditory, kanak-kanak kinesthetic, anak degil, anak tak dengar cakap, anak suka melihat, anak suka mendengar

Sumber dari Facebook Dr Taufiq Razif

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nine + seven =