Inilah 5 Cara Nak Buat Anak Lelaki Tak Besar Kepala Dan Sentiasa Hormati Ibu Bapa

Inilah 5 Cara Nak Buat Anak Lelaki Tak Besar Kepala Dan Sentiasa Hormati Ibu Bapa | Pasti ramai yang masih ingat dan sedih apabila menonton rakaman video yang tular beberapa tahun lalu di mana seorang anak lelaki sanggup memukul ibunya sendiri untuk mendapatkan duit sekolah.

Kes tersebut telah pun dikatakan selesai selepas didedahkan perkara sebenar di media sosial.

Seorang doktor turut berkongsikan tentang pengalamannya apabila ada kes seorang anak lelaki yang berusia 21 tahun sanggup mengugut dan ingin menetak ibunya sendiri dengan menggunakan parang panjang apabila keinginannya tidak dipenuhi hanya kerana RM1 untuk membeli rokok.

Kedengaran cerita sebegini sungguh kejam seolah mereka tidak punyai perasaan dan belas kasihan terhadap ibu sendiri.

Jadi, jika anda ingin membesarkan anak, anda harus tahu bagaimana cara supaya anak lelaki itu dibesar dengan tidak jadi besar kepala. Ikuti perkongsian Taufiq Razif ini.

anak lelaki, anak lelaki naik kepala, anak lelaki kurang ajar, anak lelaki biadab, anak lelaki pukul ibu

1. Kurangkan Gajet

Daripada pengamatan saya kalau seorang anak tu terlampau dimanjakan dengan gajet, mereka akan jadi kurang sensitif dengan orang kat sekeliling mereka.

Hormon dopamine yang keluar ketika mereka bermain gajet membuatkan si comel kita ni rasa kalau nak bahagia dan tenang, cukup dengan gajet! Gajet nombor 1. Bantu mak ayah kat rumah tu nombor 15 je lah!

BACA JUGA: Panduan Untuk Ibu Bapa Menghantar Anak Ke Sekolah Tahfiz

2. Bagitahu mereka pahala bantu mak ayah

Sekarang ni kalau anak saya tolong lap lantai ke sapu sampah ke mesti saya akan panggil mereka anak soleh. Biar mereka tahu kalau bantu mak ayah ni benda yang sangat mulia daripada segi agama dan moral. InsyaAllah habit tu akan melekat sampai ke tua kalau kita amal pujian ni.

3. Jangan larang kalau anak kita nak bantu

Kadang-kadang tu saya pun khilaf. Kadang-kadang saya pun termarah anak saya kalau dia basahkan lantai. Bila saya selidik balik, Ya Allah! Rupanya anak saya tu berniat nak tolong saya cuci kotoran di lantai je.

Cuma budak kecik kan, mereka mana la reti cuci lantai ni jadi mereka buat la semampu mereka walaupun bagi kita nampak macam mereka tengah buat hal dan sengaja sepahkan rumah. Padahal niat mereka suci! Ya Allah! Maafkan saya!

4. Si ayah kena jadi idola terbaik anak

Sedalam mana pun kasih sayang anak pada ibunya, si ayah tetap menjadi idola utama si anak sebenarnya. Ayah pemalas biasanya akan menghasilkan anak lelaki yang malas.

Ayah pemarah pun biasanya akan menghasilkan anak lelaki yang pemarah. Nak anak lelaki yang suka tolong mak ayah? Jadilah ayah yang suka tolong nenek dan emak di rumah ye.

5. Mula daripada sekarang jugak

Jangan tunggu besok atau lusa untuk didik anak kita. Sampai masanya rebung yang lembut dan mudah lentur akan menjadi sebatang buluh yang keras dan kukuh.

– Anak dibawah umur 1 tahun pun dah boleh ajar perlahan lahan untuk buang sampah dalam tong sampah, lap air kalau mereka tumpahkan dan juga ajar mereka ambil baju masing-masing dalam rak yang disediakan.

– Kita bukan niat nak dera mereka. Kita cuma nak lahirkan ‘ perasaan taat ‘ dalam jiwa si comel kita.

InsyaAllah suatu hari nanti anak kita semua akan membesar menjadi anak yang taat dan berbuat baik pada kita semua dan akhirnya menjadi saham akhirat yang berguna untuk kita semua walaupun kita dah takde lagi di dunia ini. Amin.

BACA JUGA: Sedar Tak Kita Sedang ‘Dera’ Anak dalam SENYAP?

p/s : Tolong ajar ilmu ini kepada pasangan masing-masing ye! Sebab benda ni sangat berimpak besar pada perkembangan si comel kita suatu hari nanti.

Semoga bermanfaat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 − three =