Amalkan 7 Perkara Ni Kalau Nak Elak Kuih Raya Jadi Lemau

Tak sabarnya nak raya. Lagi beberapa minggu je lagi. Kuih raya semua dah siap ke belum? Kami pasti, menjelang hari Raya, pelbagai jenis kuih akan terhidang atas meja. Kadang-kadang , bila dah banyak sangat pilihan, diri sendiri pun sampai tak tahu nak makan yang mana satu kan. Mana tidaknya, Raya kan sebulan, tetamu yang datang tak putus-putus. Jadi, sepanjang tempoh sebulan tu, korang kena la jaga kuih raya elok-elok supaya tak lemau. Kalau lemau nanti dah tak sedap nak makan. Kami ada 7 tips untuk korang jaga kuih raya supaya tak mudah lemau. Praktikkan untuk hari Raya nanti ya !

1) Pastikan biskut Raya terbuka terlebih dahulu

Kuih raya yang baru siap dikeluarkan dari oven akan jadi sedikit lembik. Jadi, jangan terus simpan dalam bekas tau. Biar dahulu seketika di luar sehingga ia menjadi betul-betul sejuk, kemudian simpan dalam bekas yang disediakan.

2)Keringkan bekas sebelum guna

Kalau basuh bekas yang ingin diguna, ambil tuala bersih dan lap sampai kering. Anginkan beberapa saat dan kalau nak lagi menjadi, jemur bawah cahaya matahari okay.

3) Simpan dalam bekas kedap udara

Pilih bekas yang kedap udara dan balang berpenutup untuk biskut kekal lama dan rangup

4) Masukkan bungkusan kecil berisi garam ke dalam balang kuih

Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balang. Garam boleh bantu kurangkan kelembapan udara dalam balang.

5) Alas setiap lapisan biskut dengan kertas kalis minyak

Cara ini akan kekalkan biskut jadi rangup kerana kertas tersebut sudah menyerap lebihan minyak pada biskut.

6)Tabur sedikit gula pasir dalam bekas biskut

Sangat berkesan. Tips ini untuk elak biskut jadi lemau dan tahan lama malah elak dari berbau

7) Sebelum buat biskut, jemur tepung dan gula terlebih dahulu

Petua zaman dahulu, kalau nak kuih raya jadi ringan dan tahan lama, kena jemur tepung dan gula dulu. Malah rasa biskut pun lain, lebih enak dan rangup.

Kalau nak kuih raya yang berkualiti, cuba 7 tips ini okay!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 − 14 =