Adakah Anda Sering Mengalami Rasa Jantung Berdebar-debar, Adakah ia Berbahaya?

Adakah Anda Sering Mengalami Rasa Jantung Berdebar-debar, Adakah ia Berbahaya? | Menurut Perunding Kanan Pulmonori dan Penjagaan Kritikal Hospital Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai, FA merupakan rentak jantung tidak normal yang paling kerap berlaku.

Jantung berdebar-debar ini bukan lah seperti perasaan takut apabila nampak roadblock polis ataupun perasaan gementar ingin bertemu bakal keluarga mertua. Ramai yang salah faham perasaan gemuruh dengan jantung berdebar-debar yang berpunca dari masalah pada jantung.

Kesan Kerap Terasa Jantung Berdebar-debar

Ia memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya. “Keadaan itu disebabkan wujudnya aktiviti elektrikal yang tidak terkawal di atrium kiri jantung dan mengganggu pusat isyarat elektrik yang berfungsi untuk mengawal kadar denyutan jantung.

jantung berdebar-debar

Punca Jantung berdebar-debar

“Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil,” ujarnya. Kadar denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali seminit. Manakala dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali seminit.

Keadaan ini mengakibatkan aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam sesetengah keadaan. Kata beliau, FA memberikan kesan yang berbeza kepada para pesakit. Malangnya ramai yang tidak sedar mereka mengalami masalah FA dan penyakit itu sebenarnya lebih mencabar daripada pesakit jantung yang lain.

Katanya, keadaan itu menyebabkan proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas. “Pesakit akan berasa letih dan lemah. Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung dalam atrium dan akan membentuk darah beku.

Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Jantung berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata. Secara mudah, jika melebihi 90 dalam seminit, dikenali sebagai “tachycardia”.

Ada tiga jenis tachycardia bergantung di mana isyarat elektrik ini dimulakan.

1. Supraventricular tachycardia
Bermula pada bahagian atas jantung (ruangan atrium).

2. Ventricular tachycardia
Bermula pada bahagian bawah jantung (ruangan ventricle).

3. Sinus tachycardia
Bermula dari bahagian SA node (iaitu di tempat jantung mula mengeluarkan isyarat eletrik secara normal) tetapi dalam kadar yang terlalu cepat.

Masalah yang berlaku apabila jantung berdegup terlalu cepat ialah darah yang mengisi ruang dalam jantung ini tidak mencukupi, akhirnya menyebabkan jantung yang mengalir ke seluruh tubuh kan berkurangan. Ini menyebabkan pesakit akan mengalami rasa susah bernafas, mudah penat, dan mahu pitam.

Masalah rentak/irama degupan jantung.

Aritmia jantung bermakna anda mempunyai degupan jantung yang tidak teratur. Jantung yang normal berdegup mengikut aturan ritma yang teratur. Jantung berdegup perlahan ketika anda berehat atau dalam keadaan tenang. Ia berdegup pantas ketika anda teruja, risau atau ketakutan. Ritma jantung dikawal sistem kawalan ritma kompleks yang terdiri daripada neuron dan aktiviti hormon.

Kadangkala, sistem ini mungkin bermasalah dalam sesetengah individu lalu menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur. Aritmia jantung yang paling kerap terjadi dikenali sebagai fibrilasi atrium (AF). .

Apa yang terjadi jika anda ada fibrilasi atrium (AF)?

Apabila anda mempunyai AF, jantung anda berdegup dengan tak efektif. Ini menjadi punca darah bergumpal di dalam jantung dan gumpalan darah boleh naik ke otak, menyebabkan strok atau angin ahmar. Inilah sebabnya jika anda mempunyai AF, doktor akan menasihati anda supaya mengambil ubat pencair darah. Ubat ini berfungsi untuk menghalang darah bergumpal di dalam jantung.

Mengapa AF terjadi?

AF biasanya terjadi apabila anda mempunyai penyakit jantung seperti penyakit jantung iskemik dan tekanan darah tinggi kronik. Peningkatan hormon tiroid, pengambilan alkohol berlebihan berpanjangan dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan kerancuan degupan jantung. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan orang menghidap AF – tiada punca yang dijumpai.

Apakah rawatan AF?

Ada beberapa cara mengawal AF. Doktor mungkin cuba mengembalikan ritma jantung normal menggunakan ubat atau arus elektrik. Dalam masa yang sama, anda akan ditawarkan ubat pencair darah juga.

Selain fibrilasi atrium, apakah lagi abnormaliti ritma jantung?

Jantung anda mungkin berdegup terlalu laju atau terlalu perlahan. Oleh sebab itu anda mungkin mengalami pening kepala, rasa berdebar-debar atau pitam. Jika anda mengalami gejala sebegini – anda patut berjumpa doktor.

Selain daripada jantung berdebar-debar , tanda-tanda jantung berada dalam masalah yang lebih serius apabila kita mengalami:

  • tanda awal serangan sakit jantung
  • penyakit berkaitan dengan sumbatan pada saluran coronary arteri.
  • tanda bagi lemah jantung (heart failure)
  • masalah injap jantung
  • masalah pada otot-otot jantung

Doktor akan bertanyakan tentang sejarah perubatan (atau disebut sebagai “medical history”) dan melakukan beberapa ujian. Dari situ akan memberikan ubat-ubatan yang mungkin membantu kita mengurangkan rasa jantung berdebar-debar ini atau mungkin doktor memberitahu bahawa rasa jantung berdebar-debar yang dialami adalah tidak bahaya.

Semoga bermanfaat.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 + 8 =