9 Habit Yang Sebenarnya Bahaya Kepada Kehidupan Kita

Sebagai pengguna kita memang mempunyai kuasa untuk membeli sesuatu barang atau makanan, namun jika tidak dikawal dengan baik, akan membawa kepada keburukan. Malah, tanpa disedari ada perkara lain yang sering kita lakukan setiap hari selama ini sebenarnya memberi ancaman bahaya kepada kehidupan kita. Mari lihat perinciannya di bawah ini.

#9 Botol minuman

 

Hampir semua botol yang kita gunakan seharian diperbuat daripada plastik polycarbonate yang mengandungi bahan kimia bertoksik bernama bisphenol-A (BPA).Bahan kimia ini boleh menyebabkan gangguan kepada perkembangan tubuh badan.

Tahap BPA yang dibebaskan juga bergantung kepada suhu air, semakin panas air, semakin banyak bahan kimia yang masuk ke dalam badan kita.

Tip: Gunakan kole yang diperbuat daripada gelas, porselin, tanah liat, besi tahan karat atau plastik polyethylene.

#8 Jus buah dan buah kering

Kredit: LiveStrong & Pixabay

Jus buah adalah antara minuman yang tidak menyihatkan kerana kandungan gula yang terdapat di dalamnya terlalu tinggi. Selain itu, buah kering juga mengandungi kandugan sulfur dioksida yang mana ia digunakan sebagai bahan awet untuk memanjangkan jangka hayat makanan tersebut.

Sesiapa yang menghidap penyakit asma seharusnya menjauhi makanan ini. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius bermula daripada kesukaran bernafas sehinggalah ancaman alergi yang membawa maut.

Tip: Jangan makan makanan yang mengandungi bahan pengawet. Buah kering asal sebenarnya tidak tahan lama tetapi jika dibekukan ia akan memanjangkan jangka hayatnya.

#7 Bungkusan makanan segera

Kredit:  fancycrave1/Pixabay &  Unknown/Pixabay

Kebanyakan makanan segera kegemaran kita dibungkus dengan bekas yang dilapisi minyak, yang boleh menyebabkan terbantutnya perkembangan embrio atau kanak-kanak kecil.

Center for Disease Control and Prevention telah menyenaraikan sebarang kemungkinan seperti perubahan dalam tumbesaran, tingkah laku dan pembelajaran, kesuburan berkurangan, gangguan hormon semula jadi, peningkatan kolesterol dan risiko menghidap kanser.

Semakin lama makanan tersimpan dalam bekas yang mengandungi florida itu semakin banyak bahan kimia yang masuk ke dalam badan kita.

Tip: Jika anda tidak dapat mengawal pengambilan makanan segera, cuba makan di tempat makan tersebut dengan menggunakan pinggan yang disediakan.

#6 Membuat bertih jagung dengan menggunakan gelombang mikro

Kredit: eraine/Flickr  & Your Best Digs/Flickr

Beg gelombang mikro mengandungi bahan kimia berasid yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu, terdapat bahan kimia lain yang dikenali diacetyl yang ditemui dalam butter yang boleh menyebabkan masalah pernafasan sekiranya anda masih menggunakan kaedah membuat bertih jagung menggunakan gelombang mikro.

Tip: Gunakan periuk atau kuali untuk membuat bertih jagung anda sendiri.

#5 Skrin matahari

Kredit: Depositphotos

Terdapat dua jenis skrin sunblock: fizikal (mengandungi zink dan titanium dioksida) dan bahan kimia.

Fizikal: menghalang sinaran ultraviolet
Bahan kimia: menyebabkan tindak balas kimia untuk menghalang kerosakan daripada sinar ultraviolet A dan ultraviolet B.

Menurut pakar toksikologi, mereka percaya kesan buruk penggunaan skrin matahari ialah gangguan hormon dan mungkin akan membawa kepada kerosakan sel dan akhirnya akan menyebabkan kanser kulit.

Tip: Gunakan fizikal sunblock dan losyen berbanding semburan sebagai bahan pelindung kulit.

#4 Makan tengah hari di meja kerja

Anda mungkin percaya meja anda bersih tetapi sebenarnya ia mengandungi 400 kali ganda kuman daripada tempat duduk tandas!

Malah, tanpa anda ketahui, papan kekunci anda sendiri mempunyai 70 peratus bakteria berbanding tempat duduk tandas.

Selain itu, apabila anda makan di meja kerja anda, anda akan duduk di satu-satu tempat dalam jangka masa yang lama dan ini akan meningkatkan kemungkinan untuk mendapat penyakit jantung.

Tip: Sentiasa lap meja kerja anda walaupun anda tidak bercadang untuk makan di situ. Lebih baik anda makan di ruang dapur atau di kantin. Sekiranya anda benar-benar terpaksa makan di meja kerja anda, pastikan anda mengelap meja tersebut terlebih dahulu dan pastikan makanan tidak tersentuh pada mana-mana permukaan.

BACA JUGA: Makanan Yang Menyebabkan Kita Pelupa

#3 Duduk sambil menyilang kaki

Ini adalah kedudukan yang berbahaya kerana ia akan meningkatkan tekanan saluran darah pada lutut anda. Tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko serangan dan kegagalan jantung. Doktor mencadangkan supaya anda tidak menyilang kaki lebih daripada 10 atau 15 minit.

Tip: Dapatkan kerusi yang mampu menyokong belakang badan anda juga. Anda boleh membiarkan kaki anda di atas lantai atau gunakan alat meletak kaki yang khas supaya kaki anda dapat dibengkokkan lebih daripada 90 darjah. Jika anda kerap menyilangkan kaki anda, lebih baik anda lakukan senaman ringkas atau berjalan di sekitar setiap jam.

#2 Penitis mata

Kredit: Depositphotos

Mungkin anda terkejut tetapi inilah kenyataannya apabila penitis mata tersenarai dalam senarai bahan beracun. Penitis mata mengandungi campuran bahan kimia yang dikenali kelebihannya untuk meredakan kesakitan mata. Jika mata anda mula membengkak, dapatkan rawatan doktor segera. Ini akan menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung secara mendadak.

Tip: Jangan pernah tinggalkan penitis mata anda di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan. Mereka mungkin akan tertelannya.

#1 Memakai kasut getah

Kredit: Depositphotos

Menurut podiatrist (orang yang tugasnya merawat masalah dan penyakit kaki oranglain), memakai kasut getah akan memudaratkan kaki yang akhirnya akan menyebabkan kerosakan pada kuku kaki, kulit kaki melecet dan kelainan pada tumbesaran kaki.

Tip: Anda boleh memakai kasut getah dalam waktu yang singkat seperti ke kebun atau pantai.

Sumber: Bright Side, EraBaru

BACA JUGA: Waspada Dengan 5 Produk Isi Rumah Penyebab Kanser, Salah Satunya Mungkin Ada Di Rumah Anda

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment