7 Produk Pada Asalnya Dicipta Untuk Tujuan Lain

Setiap kesukaran dan masalah yang dihadapi sebenarnya adalah pemangkin bagi penghasilan dan penciptaan produk-produk yang ada. Ada ciptaan yang terhasil dengan tidak sengaja dan ada juga ciptaan pelik yang tak masuk akal.

Namun, terdapat banyak produk di dunia ini dihasilkan dengan tujuan yang lain pada asalnya, tetapi akhirnya digunakan untuk tujuan yang lebih sesuai, yang mana digunakan oleh kita sekarang ini.

Berikut 7 produk popular yang pada asalnya dicipta untuk tujuan lain :

1. Listerine

135 tahun dahulu, Listerine dicipta dan digunakan pada mulanya sebagai antiseptik pembedahan serta untuk merawat Gonore (kencing bernanah). Namun, pada tahun 1888, sebuah artikel telah mencadangkan agar ia digunakan untuk kaki yang berpeluh dan berkerak di antara jari-jari. Kemudian, pada abad seterusnya, ia dipasarkan sebagai bahan tambahan dalam rokok yang menyegarkan, penawar selesema dan juga rawatan kelemumur.

Namun, pada tahun 1920, cecair yang sangat hebat dalam membunuh kuman ini telah digunakan sebagai penawar bagi bau mulut, yang telah memberikan pulangan yang sangat lumayan.

BACA JUGA: Cara Guna Listerine Untuk Ubati Kaki Kering & Berkerak

2. Tisu Kleenex

Ketika tuala wanita baru diperkenalkan, produk ini tidak mendapat sambutan kerana orang ramai masih tidak biasa dengan produk itu. Namun, syarikat Kimberly-Clark telah menjumpai kegunaan lain bagi kapas mereka. Saintis mereka telah menghasilkan tisu yang sangat nipis yang mana kita guna hari ini, tetapi belum digunakan untuk tujuan seperti mana kita gunakan sekarang.

Ketika itu, wanita menggunakan krim muka yang dipanggil “cold cream” untuk menanggalkan solekan pada muka, dan kebanyakan daripada mereka menggunakan tuala bagi tujuan ini. Pada tahun 1925, produk yang diberi nama Kleenex iaitu gabungan antara “clean” dan Kotex, telah diiklankan buat kali pertama dengan slogan “Rahsia baru menjaga kulit cantik seperti yang digunakan oleh bintang filem terkenal”.

Namun, beberapa tahun selepas itu, saintis di syarikat tersebut telah meyakinkan syarikat untuk menjualnya sebagai sapu tangan pakai buang untuk membuang hingus, selepas saintis itu sendiri menggunakannya sebagai sapu tangan ketika beliau demam.

3. Coca-cola

Pasti anda tak sangka bahawa minuman ringan terkenal, iaitu Coca-cola dicipta untuk tujuan yang lain pada asalnya. Asalnya, Coca-cola dicipta sebagai alternatif kepada ketagihan morfin, merawat sakit kepala dan meredakan kebimbangan. John Pemberton, orang yang mencipta Coca-cola, juga merupakan seorang ahli farmasi telah mengalami luka teruk pada dadanya ketika Pertempuran Columbus pada 1865. Untuk mengurangkan rasa sakit, John mengambil morfin dan menjadi ketagih.

Beliau kemudian melakukan eksprimen terhadap ubat tahan sakit bagi mencari penawar kepada ketagihannya. Selepas eksperimen pertama tidak berhasil, beliau kemudiannya menggunakan koka dan wain koka, lalu menghasilkan resepi yang mengandungi ekstrak kacang kola dan damiana. Ia diberi nama “Pemberton’s French Wine Coca”. 2 dekad selepas itu barulah resepi ini diubahsuai dengan ditambah pemanis dan dikarbonatkan lalu dipasarkan, dengan jenama Coca-cola yang anda minum sekarang.

4. Tuala wanita Kotex

Asyik pakai buang sajakan? Tetapi tahukan anda kawan baik wanita dewasa ini dicipta oleh syarikat Kimberly-Clark ketika Perang Dunia Pertama. Pada mulanya, mereka menghasilkan kapas daripada bahan yang sangat baru ketika itu, Cellucottong, bertujuan untuk membalut luka. Namun, jururawat Red Cross menyedari bahawa bahan tersebut menyerap dengan baik dan boleh memberi manfaat kepada kebersihan diri.

Tamatnya perang tersebut, permintaan untuk kapas pembalut luka ini menjunam dengan teruk namun mereka telah berjaya menemukan pasaran baru untuk tuala wanita. Produk yang baru dicipta itu diberikan nama Kotex, singkatan kepada “cotton texture”.

BACA JUGA: Cara Mudah Kilatkan Periuk & Perkakas Dapur

5. Bubble wrap

Pada mulanya, dua orang jurutera daripada New Jersey telah mencipta bubble wrap pada tahun 1957, dan mereka ingin menjual ciptaan ini untuk digunakan sebagai wallpaper dinding. Namun, idea itu tetap gagal dengan teruknya.

Kemudian mereka mendapat idea yang seakan-akan boleh membawa kejayaan dengan menggunakannya sebagai penebat untuk rumah hijau. Namun, mereka tiba-tiba mendapat idea lain iaitu ingin menjualnya kepada syarikat IBM sebagai bahan pembungkusan barang seperti komputer dan sebagainya. Kali ini, idea mereka berjaya dan menamakan syarikat mereka Sealed Air Corporation.ciptaan produk, produk evergreen, produk dicipta pelbagai kegunaan, produk pelbagai kegunaan, cara guna WD-40, kegunaan listerine,

6. WD-40

Pada tahun 1953, pengasas Rocket Chemical Company, Dr. Norm Larsen cuba untuk mengasilkan cecair yang mampu untuk menghalang pengaratan berlaku pada peluru berpandu. Ketika itu sedang berlakunya Perang Dingin dan kerajaan Amerika Syarikat berasakan senjata mereka tidak berfungsi dengan baik.

Selepas berpuluh kali mencari resepi menghasilkan cecair itu, akhirnya Dr. Norm berjaya dengan cubaan resepi ke-40. WD-40 mendapat namanya daripada fungsi yang mereka ingin kan iaitu Water Dispersement, dan angka 40 bermaksud resepi ke-40.

Namun hari ini, kebanyakan pengguna membeli WD-40 ini untuk disembur pada rantai basikal, nat skru, dan juga engsel pintu. Jarang orang awam sekarang beli untuk sembur pada peluru berpandu.

7. Viagra

Sekumpulan saintis yang bekerja di makmal syarikat Pfizer di Kent, England cuba untuk menghasilkan ubat yang dikenali sebagai Sildenafil. Ia bertujuan untuk merawat Angina (rasa nyeri di dada), kesakitan atau ketidakselesaan pada dada akibat jantung tidak mendapat oksigen yang cukup.

Kemudiannya, satu ujian klinik dilakukan di Swansea yang telah mendapati bahawa ubat yang dihasilkan ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada jantung mahupun Angina. Namun, mereka mendapati ubat ini memberikan kesan sampingan kepada organ lain.

Setelah berbincang dengan bahagian pemasaran, syarikat ini kemudiannya mengeluarkan dan memasarkan produk yang diberi nama Viagra, dan dijual di serata dunia. Ubat ini mendapat pulangan jualan yang tertinggi pada tahun 2008 di mana nilai jualan mencecah RM8.56 billion. Namun, paten ubat ini telah luput dan banyak syarikat telah meniru dan menjual produk mereka.

Selain beberapa produk di atas, ada banyak lagi produk masa kini yang lazim digunakan, sebenarnya dicipta oleh perusahaan pembuatnya untuk kegunaan lain. Namun, para penguji produk kemudiannya menambahi gagasan awal penciptaan produk sehingga menjadi produk yang sekarang banyak beredar di pasaran.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 + 9 =