Selain Makan, Ada 6 Sebab Lain Berat Badan Tak Mahu Turun

Setiap kali timbang berat badan mesti hasilnya ‘mengecewakan’. Walaupun sudah memulakan pelan diet, tetapi berat badan tak mahu turun?Sukarnya untuk turunkan berat badan apatah lagi faktor usia yang semakin bertambah selain masalah tidak mampu mengawal ‘lapar mata’.

Tapi bukan ‘lapar mata’ sahaja yang menjadi punca berat badan tidak turun. Terdapat faktor lain yang turut mendorong masalah ini.

TIDAK PERNAH KENYANG

Masalah ini sering terjadi selepas anda menikmati makan tengahari di tempat kerja. Perasaan tidak kenyang masih membelenggu. Untuk menghilangkan rasa tidak kenyang itu, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan.

Makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur amat digalakkan untuk mengambilnya. Pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda akan merasa lebih kenyang semasa makan.

BADAN TERASA BERAT

Terdapat carta yang menunjukkan berat badan dan ketinggian yang seimbang untuk setiap individu. Jadi, ambil tahu akan berat badan ideal yang sama dengan ketinggian anda. Jika berat badan anda adalah ideal tetapi badan terasa ‘berat’, lakukan senaman dan aktiviti fizikal.

Senaman seperti regangan otot atau senaman ringan yang dilakukan secara teratur akan membuatkan badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jika berat badan anda tidak ideal, lakukan sesuatu! Senaman juga bukan dilakukan ketika badan terasa berat sahaja, tetapi ia perlu konsisten!

KAWAL ‘LAPAR MATA’

Ini sering membelenggu kebanyakan wanita. ‘Lapar mata’ membuatkan mereka lebih suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak seperti sepotong kek. Jadi, untuk memastikan pelan diet berkesan, pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya.

SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK

Tidak ada salahnya mengunyah tetapi pilihlah snek yang sihat. Ambil snek tanpa minyak dan tidak digoreng tetapi direbus. Pastikan yang anda hanya mengambil hidangan snek sebanyak 10% dari jumlah kalori dalam sehari.

TIADA MASA UNTUK BERSENAM

Jika tidak mempunyai masa untuk bersenam, banyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, guna tangga daripada menggunakan lif di pejabat atau cuba berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menukar rancangan lain daripada menggunakan alat kawalan jauh. Senaman merupakan perkara wajib untuk mengekalkan kesihatan. Harus ingat itu!

SASARAN YANG TIDAK LOGIK

Sentiasa letakkan sasaran anda logik dan realistik. Adalah mustahil untuk menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan. Jika anda berjaya lakukannya pun, anda pasti telah mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh anda.

Adalah penting untuk kita kurus secara sihat dan selamat. Biar berat badan turun sedikit demis edikit tetapi konsisten. Bukankah itu lebih baik?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 1 =