Boleh Amalkan 6 Makanan Ini Untuk Tambah Darah

Gejala kurang darah ataupun lebih dikenali dengan nama anemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kanak-kanak juga tidak terkecuali alaminya. Jika tidak dirawat apatah lagi mengambil perhatian mengenai masalah yang timbul ini boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius. Ada kalanya boleh membawa maut.

Cegahlah sebelum terlambat. Mungkin anda boleh mengubah segala-galanya dengan cara pemakanan yang sihat. Perhatikan beberapa jenis makanan yang baik untuk menghindari anemia.

1. Makanan laut/ikan
Ikan bukan sahaja kaya dengan lemak omega-3. Tetapi ikan juga kaya dengan zat besi yang baik untuk tubuh. Jadi banyakkan pengambilan ikan dalam menu seharian anda.

2. Daging merah
Daging merah adalah makanan yang paling baik untuk menambah darah dalam tubuh. Pengambilan yang konsisten boleh menambahkan hemoglobin. Tetapi harus diingat jangan pula mengambil daging merah yang berlemak. Dibimbangi darah bertambah kolesterol juga turut sama meningkat.

3. Beras perang
Beras perang memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia boleh menurunkan berat badan, mengurangkan kolesterol dan juga gangguan pencernaan. Tahukah anda bahawa darah merah juga mempunyai zat besi yang banyak iaitu dapat meningkatkan hemoglobin.

4. Hati lembu
Hati lembu antara makanan yang sangat kaya dengan zat besi. Dengan 100 gram hati lembu ia mengandungi hampir 9mg zat besi.

5. Strawberi
Strawberi bertindak dengan dua keadaan iaitu ia membekalkan sumber zat besi yang tinggi. Mereka yang suka memakan strawberi akan mempunyai kelebihan pada tubuh.

6. Bayam
Selain dapat meningkatkan hemoglobin bayam juga mampu mengelakkan kanser dengan cara memperlambatkan pertumbuhan sel. Jadi sentiasa amalkan kesemua jenis makanan ini ke dalam menu harian anda. pastinya mampu mengurangkan risiko alami anemia.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × 4 =