Berhati-Hati Inilah 6 Jenis Penyakit Lelaki Usia 40-an, Jangan Abaikan!

Berhati-Hati Inilah 6 Jenis Penyakit Lelaki Usia 40-an, Jangan Abaikan! | Awas, penyakit lelaki ini mungkin akan menghantui anda di masa tua nanti. Penyakit lelaki adalah pembunuh senyap yang sering menyerang lelaki.

Antaranya ialah penyakit yang kita tidak sedar sebenarnya. Penyakit ini kadang-kadang kita rasa remeh tapi akan menyebabkan menjadi teruk di masa hadapan.

Antara perkara-perkara yang perlu kita ambil tahu ialah 6 Jenis Penyakit Lelaki Usia 40-an:

penyakit lelaki

1. KETAGIHAN

Golongan lelaki dikatakan golongan yang paling ramai melalui rasa ketagih berbanding wanita. Malah, ada sebahagian doktor mengatakan bahawa ketagihan merupakan satu penyakit. Ada juga mengatakan ketagihan merupakan masalah kelakuan dan personaliti seseorang.

Di Amerika Syarikat saja, masalah ketagihan seperti dadah lebih ramai dialami oleh lelaki.Lebih 100 juta lelaki di dunia bergantung pada tembakau untuk meneruskan kehidupan. Bukan itu saja, lelaki juga lebih ramai ketagih minuman berkafein sama ada kopi atau teh mahupun alkohol.

Mungkin ini satu penyakit lelaki yang ramai abaikan dan anggap perkara biasa kerana ramai lelaki mengalaminya tetapi sebenarnya ianya boleh mengganggu kehidupan harian anda.!

2. KOLESTEROL

Kolesterol dan lemak trigliserida merupakan blok ‘binaan’ penting bagi struktur sel dan juga digunakan untuk membuat hormon serta menghasilkan tenaga. Tahap kolesterol di dalam darah bergantung kepada apa yang anda makan. Mengambil makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri.

Masalah kolesterol tinggi boleh menjadi turun temurun di dalam keluarga dan ia digelar familial hypercholesterolaemis (FH). Antara penyakit yang boleh terhasil akibat terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah pinggang, diabetis, obesiti dan sakit jantung.

3. SINDROM MALU/MALAS KENCING

Avoidant paruresis atau lebih dikenali sebagai sindrom pundi kencing pemalu atau retensi kencing psikogenik merupakan satu gangguan kerisauan sosial yang melibatkan ketidakupayaan kencing di hadapan orang lain. Sindrom ini merupakan penyakit lelaki yang kini boleh bermula dari apa saja peringkat umur tidak kira kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa.

Meskipun sindrom ini tidak dikenali, namun ada beberapa simptom untuk menjelaskan sama ada anda tergolong dari kelompok ini. Antaranya, takut membuang apabila ada orang berdekatan, risau pintu tandas diketuk, risau orang mendengar bunyi membuang, terpaksa menggunakan tandas awam di dalam pesawat, kapal atau keretapi.

Jika masalah ini berlarutan, ia menyukarkan golongan ini untuk bercuti, malah menolak untuk berkongsi tandas.

4. KETULAN KANSER TESTIKEL

Meskipun kanser ini kedengaran luar biasa namun menjumpai ketulan pada testikel bukan luar biasa. Keadaan ini membuatkan ramai keliru tetapi tidak pula memandang serius akan keadaan ini. Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel dan scrotum adalah ‘kehilangan’ satu testikel haruslah segera bertemu dengan doktor.

Perhatikan juga jika terdapat ketuat, hernia atau kebengkakan, ketulan lembut pada kerandut zakar, jangkitan dan rasa sakit.

BACA JUGA :: Ini Sebabnya Kenapa Kanser Kolon Kerap Berlaku Pada Lelaki Berbanding Wanita

5. BERDENGKUR KUAT

Berdengkur boleh jadi satu perkara yang sangat menyakitkan hati buat pasangan tidur anda. Jika tidak dirawat, boleh jadi pasangan anda mahu tidur berasingan dari anda. Berdengkur berlaku disebabkan oleh gangguan pernafasan.

Hampir 15 juta pendengkur di Amerika saja dan ini tidak termasuk seluruh dunia.Kebanyakannya adalah lelaki pertengahan umur. Masalah dengkur boleh disebabkan oleh masalah berat badan, merokok dan pengambilan minuman keras. Pembedahan sengau boleh membantu tetapi ia tidaklah menyembuhkan dengkuran tetapi membantu meningkatkan pernafasan hidung.

6. JANGKITAN FUNGUS

Lebih dikenali sebagai tinea pedis merupakan satu jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit pada kulit. Sebanyak 90% kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk sebagai kurap. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak sehingga ke keseluruhan kaki dan tapak tangan.

Fungus gemar kawasan lembab terutama anda yang kerap memakai kasut yang ketat dan tidak mempunyai ruang udara kaki ‘bernafas’.Berhati-hati apabila ada kesan merah yang gatal, kulit seakan melecur dan rasa kurang selesa.

BACA JUGA :: Lelaki Ini Kongsi Cara Senaman Berkesan Dan Selamat Untuk ‘Super Size’

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × five =