5 Perkara Yang Boleh Merosakkan Dan Membutakan Mata

Masalah penglihatan tidak mengenal usia. Sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa, semua terdedah kepada risiko mengalami masalah penglihatan. Masalah ini jika tidak dikawal dengan baik boleh menyumbang kepada buta.

Faktor genetik dan juga bagaimana kita menjaga mata menyumbang kepada kesihatan mata kita. Namun anda pasti tidak tahu dan terkejut mengetahui bahawa risiko rabun dan buta agak berat sebelah kepada satu jantina, iaitu wanita.

“Kebanyakan orang tidak sedar bahawa dua pertiga daripada populasi mereka yang buta adalah wanita. Terdapat jumlah yang lebih besar dari kalangan wanita mengalami masalah rabun berbanding lelaki,” kata Dr. Assumpta Madu, pakar mata di New York Univerisity Langone.

Menurut kajian daripada University of Illinois di Chicago, risiko wanita lebih tinggi adalah disebabkan glaucoma, yang boleh menyebabkan masalah buta. Sesetengah pakar berpendapat bahawa ia berkait dengan hormon estrogen.

Namun terdapat beberapa lagi sebab lain wanita lebih cenderung mengalami masalah ini, bermula daripada jangka hayat yang lebih lama hinggalah ke gaya hidup seperti tidur dengan kanta lekap masih di mata (dua pertiga daripada pemakai kanta lekap adalah wanita).

Kami ingin berkongsi dengan anda 5 faktor yang boleh menyebabkan mata anda mengalami risiko buta:

5. Menopaus awal

Ianya bukan lah tabiat, tetapi ia merupakan berita buruk bagi wanita yang menopaus bukan sahaja boleh memberi kesan kepada suhu badan dan mood seseorang, ia juga boleh menyumbang kepada masalah penglihatan.

Mereka yang mengalami putus haid awal lebih terdedah untuk mendapatkan glaucoma iaitu sejenis penyakit mata yang merosakkan saraf optik mata dan boleh menyebabkan buta. Ia lebih teruk lagi bagi wanita yang mengalami menopaus seawal usia 45 tahun. Menurut Dr. Assumpta, putus haid awal meningkatkan risiko glaucoma sebanyak dua setengah kali ganda.

4. Merokok

Ya, benar. Merokok boleh menyebabkan masalah penglihatan dan buta. Anda yang merokok pastinya tidak percaya atau lebih lagi tidak kisah, namun ianya tetap benar. Anda hanya perlu melihat kepada statistik untuk mengaitkan merokok dengan buta dan masalah penglihatan.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), perokok mempunyai risiko dua kali ganda untuk mengalami degenerasi makula (penyebab lazim bagi masalah buta orang dewasa di Amerika Syarikat) berbanding mereka yang tidak merokok. Perokok juga mempunyai 2 hingga 3 kali risiko untuk dijangkiti katarak (selaput putih yang mengaburi kanta mata) berbanding mereka yang tidak merokok.

3. Cahaya matahari

Pastinya setiap orang di antara kita pernah melakukan perkara ini : melihat matahari secara terus tanpa apa-apa perlindungan mata. Ini merupakan salah satu daripada faktor kepada buta. Menurut Dr. Assumpta, memandang terus ke arah matahari tanpa perlindungan sama seperti menghalakan laser kepada retina mata anda.

Namun bukan sahaja cahaya matahari, cahaya api daripada aktiviti kimpalan (welding) juga boleh menyumbang kepada masalah ini kerana ia boleh menyebabkan kanta mata anda mengelupas keluar. Namun anda tidak perlu risau jika terpandang cahaya api kimpalan kerana ia memerlukan pendedahan yang lama terhadap sinaran tersebut, sebab itu mereka yang bekerja dalam bidang kimpalan memerlukan alat penghalang cahaya yang tertentu.

2. Ubat-ubatan

Mungkin anda pernah terdengar iklan di TV atau terbaca pada bungkusan ubat-ubatan “boleh menyebabkan kesan sampingan”. Dalam sesetengah ubat-ubatan, kesan sampingan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan rabun atau buta.

Menurut Dr. Assumpta, terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menjejaskan penglihatan, dalam jangka masa yang panjang. Selalu lah bertanya kepada doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis ubatan.

1. Kanta lekap

Ini antara masalah terbesar kepada mata dalam zaman moden ini. Kanta lekap dijual di merata-rata tempat termasuk online dan harga yang sangat murah menyebabkan ia menjadi penyumbang terbesar kepada masalah ini. Ramai di antara mereka yang memakai kanta lekap ini adalah wanita. Kebanyakan daripada mereka yang memakai kanta lekap sering terlupa dan tertidur dengan kanta lekap masih berada di dalam mata.

Menurut Dr. Assumpta, tidur dengan memakai kanta lekap boleh menyebabkan mata kurang mendapat oksigen yang akan menghalang kornea daripada berfungsi dengan baik. Ia akan menjejaskan metabolisma mata anda dan berpotensi menyebabkan masalah buta. Pastinya anda tidak mahu mendapat masalah mata hanya kerana terlalu mengantuk dan tertidur dengan kanta lekap. Juga, pilihlah pengeluar kanta lekap yang boleh dipercayai, jangan hanya memilih yang murah dan cantik.

Sumber : Women Health

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment