Inilah 4 Kesan Buruk Daripada Tabiat Menyilangkan Kaki Selain Sakit Belakang!

Inilah 4 Kesan Buruk Daripada Tabiat Menyilangkan Kaki Selain Sakit Belakang! | Tanpa sedar, kita sering menyilang kaki. Pada masa sedang makan malam, sedang bekerja di meja kerja, sedang menunggu dan dalam segala kesempatan masa anda dalam posisi duduk.

Menyilangkan kaki sudah menjadi kebiasaan yang mungkin sudah anda lakukan selama bertahun-tahun!

Sudah tiba masanya untuk anda memikirkan kembali bila anda mula menyilangkan kaki, kerana menurut kajian, sikap ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang buruk.

Apa kesan kesihatan yang akan timbul bila anda terus menyilangkan kaki?

menyilangkan kaki

BACA JUGA :: Model Ini Berjaya Kurangkan Berat 127 Kilogram Dengan Hanya Berjalan Kaki!

1. Sakit Belakang dan Leher

Kebiasaannya, apabila anda duduk menghadap ke depan, kedua telapak kaki akan menapak di lantai. Malangnya, kita terbiasa untuk menumpukan berat ke salah satu sisi dengan menyilangkan kaki. Menurut ahli ortopedik Vivian Eisenstadt, menyilangkan kaki boleh menyebabkan sakit belakang dan leher.

Duduk dengan kaki menyilang membuat pinggul anda berada di posisi bengkok yang boleh menyebabkan tulang pinggung berputar. Pelvik adalah penyokong utama tulang belakang, saat pinggul anda berputar, akan memberikan berat dan tekanan yang tidak perlu pada leher dan punggung.

Semakin lama anda duduk dengan kaki menyilang, semakin besar tekanan pada tulang belakang yang akan meningkatkan risiko sakit di punggung dan leher.

Susah memang untuk selalu duduk dengan postur sempurna, apabila anda teringat, terus letakkan duduk anda dengan lutut dan kaki bersudut 90 darjah dan usahakan tulang belakang seimbang.

2. Spider Veins

Urat atau pembuluh nadi yang menonjol berbentuk seperti jaring labah-labah ini sebenarnya mempunyai beberapa teori yang menyebabkannya.

Beberapa doktor mengatakan, urat labah-labah disebabkan oleh genetik, kehamilan, terdedah kepada cahaya matahari dan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.

Ada juga yang berpendapat, kemunculan urat labah-labah diakibatkan kerana kedudukan menyilangkan kaki. Menurut Hooman Madyoon, Pakar Kardiologi dari Cedars Sinai Medical Center, ketika menyilangkan kaki, tekanan pada pembuluh nadi meningkat.

Ini bertanggungjawab untuk mengembalikan darah kembali ke jantung. Tekanan pada satu kaki pada kaki lain akan menghalang atau melemahkan aliran darah dan kemudian menjadi menggumpal yang menyebabkan spider veins.

3. Meningkatkan Tekanan Darah

Darah di kaki seharusnya mengalir naik ke jantung, melawan graviti. Proses ini sendiri sudah menjadi tugas yang berat untuk tubuh anda. Apabila anda menyilangkan kaki, ini boleh menghalang aliran darah.

Hasilnya, tubuh harus meningkatkan tekanan darah untuk menggalakkan darah di kaki kembali ke jantung. Anda biasanya tidak akan rasa suatu gejala apapun ketika tekanan darah kembali ke atas, namun apabila berlaku berulang kali, anda dapat merasakan kesannya dalam jangka masa yang panjang.

4. Saraf Kaki

Tidak hanya akibat terhambar aliran darah dari kaki ke jantung, menyilangkan kaki juga boleh memberi kesan buruk pada pembuluh dan saraf di kaki dan telapak kaki. Saraf peroneal, saraf besar di kaki, akan mendapat tekanan semasa anda menyilangkan kaki.

Tekanan ini akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan membuat beberapa otot di kaki dan telapak kaki menjadi lumpuh sementara.Ini juga boleh membuat anda sukar mengangkat pergelangan kaki yang biasa disebut sensasi “pins and needles”.

Dan mengulang kedudukan menyilang kaki berkali-kali akan menyebabkan kebas di kaki dalam jangka masa panjang akibat saraf yang terganggu.

BACA JUGA :: Cuma 5 Minit Sehari Tapi Senaman Angkat Kaki Ini Punyalah Banyak Manfaat

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three + 3 =