3 Tabiat Buruk Anak Tanda Anak Kita Seorang Yang Bijak

Siapa sangka tabiat buruk seperti tidak terurus, bersepah, berjaga hingga lewat malam, bersumpah dan mencarut sering dikaitkan sebagai tabiat tidak baik. Ia juga dikaitkan dengan sifat malas, tidak memiliki perangai yang elok dan pasti akan gagal. Tapi, kajian terbaru mengatakan sebaliknya!

Sebuah artikel telah diterbitkan oleh Psychology Today, membincangkan tentang penemuan yang dibawa oleh kajian terbaru ini.

Menurut kajian, tiga tabiat yang sering dianggap sebagai tabiat buruk tersebut memiliki signifikasi dan kepentingan yang tersendiri, hingga ia mampu membuktikan seseorang kanak-kanak lebih bijak daripada kanak-kanak lain!

Contohnya seperti tabiat berjaga hingga lewat malam.

 

Tabiat Buruk Berjaga Hingga Lewat Malamtabiat buruk anak, tanda anak bijak, anak bijak, anak perangai buruk, anak suka menyepah, anak pemalas, anak suka mencarut

Menurut kajian, manusia memiliki keupayaan untuk tidak mengendahkan jam biologi dan irama dalam tubuh badan. Semua binatang memiliki irama circadian, yang akan memberitahu mereka bila waktu untuk tidur dan bangun.

Manusia juga memiliki keupayaan berkenaan, malah boleh menukar irama terbabit! Maksudnya di sini, manusia berupaya untuk memilih sama anda mereka ingin menjadi insan yang bangun pagi atau “burung hantu”.

Hebat, kan?

Keberangkalian untuk kanak-kanak yang berjaga hingga lewat malam untuk menjadi lebih pintar dan bijak ketika membesar juga lebih tinggi! Jadi, tabiat berjaga hingga lewat malam bukanlah satu petanda yang tidak bagus! Sebaliknya, ia petanda anak anda seorang yang bijak.

tabiat buruk anak, tanda anak bijak, anak bijak, anak perangai buruk, anak suka menyepah, anak pemalas, anak suka mencarut

Tabiat Buruk Mencarut dan Sering Bersumpah

Bagaimana dengan tabiat buruk gemar mencarut pula? Takkan ia petanda anak anda seorang yang bijak?

Kajian terbaru mengatakan YA! Pengkaji dari Kolej Marist di New York menjelaskan kanak-kanak yang gemar mencarut dan bersumpah sebenarnya memiliki perbendaharaan kata yang lebih meluas.

Kajian telah dijalankan untuk memantau peserta yang berusia antara 18 hingga 22 tahun. Mereka diminta untuk memberi nama taboo tertentu dengan nama binatang dalam masa yang sama. Peserta yang sering mencarut dan bersumpah didapati memiliki perbendaharaan kata yang lebih kaya!

Kajian ini juga membuktikan bagaimana perilaku sering mencarut dan bersumpah mampu menghilangkan tekanan sama ada secara emosi dan fizikal! Mungkin anak anda tak bagus digalakkan mencarut dan menghina orang lain. Tapi, mereka dibenarkan untuk bersumpah bagi menghilangkan tekanan!

Pendedahan dan penemuan seterusnya mungkin adalah penemuan yang paling penting. Ia berkenaan dengan tabiat buruk sering tidak terurus dan bersepah.

 

Tabiat Buruk Tidak Terurus dan Bersepah

Seorang pakar psikologi di Universiti Minnesota mendapati individu yang memiliki bilik tidak kemas mempunyai lebih banyak pemikiran kreatif!

Pemikiran kreatif di sini bermaksud individu terbabit memiliki keupayaan untuk berfikir di luar kotak! Contohnya seperti, jika baju anda sepatutnya disusun dalam almari, tapi anda tak melakukannya. Sebaliknya, anda letak semua baju di lantai.

Ia petanda anda tidak berfikir secara konventional. Tidak seperti orang lain!

Albert Einstein pernah berkata –

If a cluttered desk is a sign of a cluttered mind, then what does an empty desk mean?
Jadi… tiada lagi istilah tabiat buruk yang tak bagus untuk kanak-kanak! Kajian terbaru telah mendedahkan bagaimana tabiat yang dianggap “buruk” ini adalah petanda kebijaksanaan yang sebenar!

Bagaimana? Adakah anda sebagai ibu bapa akan membiarkan anak-anak anda berjaga di tengah malam, memiliki bilik yang bersepah dan menyumpah?

Semua kuasa di tangan anda. Jalankan tugas sebagai ibu bapa dengan sehabis baik! Selamat berjaya.

Sumber rujukan: Peace Quaters, Huffington Post, dan Psychology Today

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − seven =