26 Khasiat Bawang Merah Kepada Kesihatan & Kecantikan

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa bawang merah mempunyai khasiat yang banyak terutama kepada kesihatan, selain kepada rambut dan kulit. Bawang merah sudah berkurun lamanya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, lebih kepada rawatan tradisional dan remedi.

Baunya yang kurang enak mungkin tidak menyenangkan kita, tetapi kalau kita pandai mengawal atau menghilangkannya selepas makan, ia boleh menjamin kesihatan kita untuk jangka masa yang lama.

Ianya boleh disajikan di dalam pelbagai jenis juadah dan mudah untuk dimakan. Bawang merah mengandungi banyak bahan nutrisi yang boleh menjauhkan anda dari masalah kesihatan, antaranya adalah dinyatakan di bawah:

Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan

Bawang merah tidak dinafikan banyak manfaat untuk kesihatan, ketahui antaranya di bawah:

1. Bawang merah mengandungi antibiotik, antiseptik dan antimikrob yang boleh menjauhkan anda daripada jangkitan kuman.

2. Bawang merah mengandungi banyak sulfur, serat, potasium, vitamin B, vitamin C dan rendah lemak, kolestrol dan sodium.

3. Ia boleh merawat demam, selesema, batuk, sakit tekak, alahan dan lain-lain. Campuran bawang merah dan madu boleh mencepatkan proses penyembuhan.

4. Potongan bawang merah boleh melegakan kesan dan simptom demam, jika diletakkan di dahi.

5. Cebisan kecil bawang merah boleh mengurangkan atau memberhentikan pendarahan hidung.

6. Bawang merah boleh merawat insomnia ataupun masalah untuk tidur. Ini boleh membantu anda untuk tidur nyenyak setiap malam.

7. Bawang merah boleh membantu sistem penghadaman. Jika anda mengalami masalah penghadaman, makan bawang merah boleh menyembuhkanya dengan meningkatkan kadar penghasilan enzim pencernaan.

8. Cecair bawang merah boleh merawat kesan terbakar pada kulit ataupun kesan gigitan/sengatan. Ia boleh memberikan rasa yang pedih pada mulanya, tapi itu adalah proses penyembuhan.

9. Bawang merah boleh mencegah kanser – ini merujuk kepada kanser pada kepala, leher dan usus.

10. Anda boleh mengelakkan daripada mendapat osteoporosis dan atherosclerosis dengan mengamalkan bawang merah setiap hari.

11. Bawang boleh meningkatkan kadar insulin di dalam badan dan mengelakkan diabetes dengan mengawal kadar gula di dalam darah.

12. Kolestrol boleh menyebabkan masalah jantung, ia boleh dibakar dengan pengambilan bawang merah setiap hari. Ini boleh menjauhkan anda dari penyakit jantung, pada masa yang mengawal kadar kolestrol dalam badan.

13. Keradangan dari arthritis juga boleh disembuhkan dengan bawang merah.

14. Salah satu cara untuk menghilangkan kesan warna hitam pada wajah anda adalah dengan mencampurkan tumisan bawang merah dengan kunyit pada kawasan tersebut.

15. Air dari bawang merah boleh melegakan sakit gigi.

16. Bawang merah boleh membaiki sel dan tisu badan.

17. Bawang merah boleh meningkatkan daya ingatan anda dan menguatkan sistem saraf.

18. Bawang merah boleh merawat masalah kitaran haid tidak menentu. Bawang merah yang mentah hendaklah diambil beberapa sebelum datangnya haid anda.

19. Gunakan air bawang merah pada rambut ataupun kulit kepala untuk menghilangkan kutu dan masalah keguguran rambut. Ini adalah salah satu khasiat bawang merah kepada rambut yang paling ketara.

20. Bawang merah mengandungi air, protein, lemak (yang baik), kanji, serat, mineral, kalsium, vitamin C, zat besi dan B kompleks. Anda sepatutnya mengambil diantara 100-150 gram bawang merah setiap hari, boleh di dalam pelbagai sajian dan menu.

21. Khasiat Anti-Penuaan

Bawang merah mengandungi khasiat anti-penuaan yang banyak. Ia mengandungi vitamin A, C dan E untuk melawan kerosakan yang disebabkan sinaran UV, pada masa yang sama untuk menghalang radikal bebas di dalam badan – salah satu faktor penuaan.

Bawang merah mengandungi banyak sumber quercetin, iaitu satu antioksida yang boleh mengekalkan keanjalan kulit.

Vitamin dan sulfur pula boleh melindungi tangan, kulit dari kedutan. Dengan menyapu kulit anda dengan bawang merah, ia boleh meningkatkan kadar peredaran darah dan meningkatkan penampilan kulit anda.

22. Rawatan Kepada Jerawat

Kandungan antimokron, antibakteria dan anti keradangan yang terdapat di dalam bawang merah boleh memberikan banyak manfaat kepada kulit anda.

Ia mengandungi kadar antiseptik yang boleh melindungi kulit daripada bakteria yang boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit yang lain.

Bawang merah boleh dijadikan satu kaedah rawatan kepada jerawat dan jeragat.

23. Menghilangkan Kesan Hitam dan Pigmen

Air bawang merah boleh menjadi satu rawatan yang berkesan kepada kesan hitam dan pigmen pada wajah. Kadar fitonutrien dan antioksida di dalam bawang merah boleh mengembalikan kesihatan kulit dengan mengeluarkan benda asing.

24. Rawatan Kepada Sengatan Dan Gigitan Serangga

Bawang merah boleh melegakan kesan gigitan dan sengatan serangga. Anda hanya perlu meletakkan satu potongan nipis bawang merah di atas tempat yang terkena. Kandungan anti-keradangan yang terdapat di dalam bawang merah boleh mengurangkan kesan tersebut.

25. Rawat Rambut Nipis

Bawang merah boleh membantu anda dalam mengatasi masalah penipisan rambut. Anda hanya perlu kisar bawang merah sehingga lumat dan tambah 1/2 sudu teh madu. Anda boleh menambah minyak untuk menghilangkan baunya.

Sapukan campuran tadi di kulit kepala anda. Biarkan semalaman dan jangan menutup kepala anda. Syampu pada sebelah paginya. Ini hanya perludilakukan tidak lebih 3 kali seminggu, untuk keputusan yang baik.

26. Rawat Rambut Gugur dan Kelemumur

Anda boleh menggunakan bawang merah untuk hair mask, untuk mengelakkan rambut gugur, kelemumur dan kulit kepala gatal. Air bawang merah boleh meningkatkan panjang rambut anda.

Anda hanya perlu kisar atau tumbuk bawang mera untuk dapatkan airnya. Campurkan air tersebut dengan minyak kelapa ataupun minyak zaitun dengan kuantiti yang sama. Kemudian, sapu pada kulit kepala anda.

Tutup kepala anda dengan plastik ataupun tuala selama 2 jam. Bilas dengan syampu untuk menghilangkan semua campuran tersebut pada rambut. Ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali sebulan.

Bagaimana Untuk Memilih Bawang Merah?

Jika anda ingin mengamalkan pemakanan dengan bawang merah, adalah terbaik sekiranya anda mengetahuo bagaimana untuk memilih dan menyimpan bawang ini agar kekal lama.

1. Pemilihan

  • Semasa membeli, pilihlah yang bersih, dalam bentuk yang baik, dan tidak terpotong. Pilih bawang merah yang keras, kering, warna yang terang.
  • Elak daripada membeli bawang yang terasa lembik, dalam keadaan basah/lembap ataupun mempunyai kulat.

2. Penyimpanan

Bawang merah yang kering boleh disimpan untuk beberapa bulan. Bawang sebaiknya disimpan pada tempat yang kering dan pengudaraan yang baik. Elakkan menyimpan bawang di dalam peti sejuk kerana boleh menyebabkan bawang tersebut menyerap kelembapan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × five =