Inilah 10 Sebab Utama Mengapa Kaum Wanita Digalakkan Makan Biji Labu

Kebiasaannya kita sukakan snek ringan untuk dimakan selang masa selepas makan malam ataupun semasa menonton television. Ada yang memilih untuk makan snek kurang sihat seperti makanan ringan dan tidak kurang pula memilih snek yang lebih sihat seperti kekacang. Pemilihan snek ini sebenarnya penting bukan sekadar untuk mengunyah untuk menghilangkan rasa lapar. Jika anda menitikberatkan soal kesihatan anda perlu tahu khasiat setiap snek yang anda pilih.

Pernah makan biji labu? Atau bagi anda biji labu itu hanya snek ringan yang tiada zat? Anda patut sedar keajaiban biji labu untuk perempuan tambah pula bila sudah berusia.

Dengan kandungan pelbagai zat serta tinggi serat, pengambilannya membantu anda mencapai jumlah ideal 50 gram serat daripada 1000 kalori yang dimakan. Apa kelebihan lain? Ok, jom semak…

1. Jaga jantung
Satu perempat cawan biji labu mengandungi hampir separuh jumlah pengambilan harian magnesium yang dicadangkan. Magnesium dikatakan memberi kebaikan terhadap tekanan darah dan membantu mencegah serangan kardiak, serangan jantung dan strok.

2. Zink untuk sokongan imun
Biji labu kaya sumber zink. Satu auns biji labu mengandungi lebih daripada 2 miligram mineral ini. Zink penting untuk tubuh. Kebaikannya untuk keimunan, pertumbuhan dan pembahagian sel, tidur, mood, deria rasa dan bau, mata dan kesihatan kulit, mengatur insulin dan fungsi seksual lelaki.

3. Lemak omega-S berasaskan tumbuhan
Biji-bijian dan kacang mentah, termasuklah biji labu adalah salah satu sumber terbaik omega-3 berasaskan tumbuhan (asid alpha-linolenic atau ALA).

4. Kesihatan prostat
Pengambilan biji labu sebagai makanan semula jadi untuk kesihatan lelaki memang telah lama diketahui. Ini adalah berikutan dengan kandungan zink yang penting untuk kesihatan prostat. Ia juga mungkin disebabkan ekstrak dan minyak biji labu memainkan peranan penting dalam merawat prostat membesar atau BPH.

5. Anti diabetes
Kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan mencadangkan biji labu mampu membantu memperbaiki pengaturan insulin dan membantu mencegah komplikasi diabetes melalui cara mengurangkan tekanan oksidatif.

6. Baik untuk wanita selepas menopaus
Minyak biji labu kaya dengan phytoestrogen asli. Kajian mencadangkan ini boleh membawa kepada peningkatan kolesterol baik HDL melalui cara mengurangkan tekanan darah, hot flashes, sakit kepala, sakit sendi dan simptom-simptom menopaus yang berlaku pada wanita selepas menopaus.

7. Baik untuk kesihatan jantung, hati
Biji labu, kaya dengan lemak sihat, antioksidan dan serat, mampu beri kebaikan untuk kesihatan jantung dan hati terutamanya jika dicampurkan dengan biji flax.

8. Triptofan untuk tidur nyenyak
Biji labu kaya sumber triptofan, sejenis asid amino yang akan ditukar oleh tubuh menjadi serotonin. Serotonin ini kemudiannya akan ditukar menjadi melatonon atau hormon tidur. Memakan biji labu bersama-sama keping buah beberapa jam sebelum tidur dikatakan baik untuk menyediakan tubuh tritopfan yang diperlukan dalam penghasilan melatonin dan serotonin untuk membantu tidur nyenyak.

9. Kebaikan anti keradangan
Minyak biji labu dikatakan menunjukkan kesan anti keradangan. Satu kajian terhadap haiwan mendapati ia serasi dengan ubat anti keradangan indomethacin dalam merawat artritis.

10. Baik untuk kulit, rambut
Minyak biji labu dikatakan baik untuk merangsang pertumbuhan rambut lelaki terutamanya yang mengalami masalah androgenetc alopecia. Lemak sihat yang terdapat dalam biji labu baik untuk hidrasi, sementara vitamin A merangsang penggantian sel untuk memastikan kulit muda.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment